Selain Rendam Guna Cuka, Ini Rahsia Ikan Bilis Kekal Rangup!

Selain Rendam Guna Cuka, Ini Rahsia Ikan Bilis Kekal Rangup! | Susah nak dapat ikan bilis kekal rangup. Biasanya kalau rangup pun sekejap je, sewaktu baru angkat selepas digoreng.Bukan apa, walaupun hanya sekadar goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak rangup seperti yang diinginkan.

Rupanya gaulkan ikan bilis dengan tepung gandum sedikit adalah antara rahsia bagi jadikan ia lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama.

Bagi mak-mak yang suka goreng ikan bilis boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Mis Bie ini.

Rahsia Ikan Bilis Kekal Rangup

“RAMAI LAGI YANG TAK TAHU RUPANYA MACAM MANA UNTUK IKAN BILIS KEKAL RANGUP WALAUPUN DICUCI BERSIH. SEBAB RAMAI YANG MEMILIH UNTUK TAK CUCI IKAN BILIS TERUS MASUK DALAM MINYAK UNTUK MANTAIN RANGUP.”

“Halalan Toiyiba” sayangku.Suka saya share disini untuk manfaat semua.

Bahan Diperlukan:

Tepung Gandum secukupnya

Cara Membuat Ikan Bilis Kekal Rangup:

1.Cuci ikan bilis bersih sebersihnya.

2. Tapis, tos kan bagi kering sedikit, saya tos lebih kurang setengah jam, sebab kalau tak tos nanti bergumpal dengan tepung jadi cekodok pulak ikan bilis.

3.Lepas dah tos campak je dalam pinggan yang dah letak tepung.Tepung apa?? Tepung gandum je.suka hati la cap apa, cap sauh ke lili ke janji tepung gandum.

Tip Ekstra!

* Pastikan gaul dengan tepung, ikan bilis tu tak bergumpal kalau tak nanti dalam kuali memang tak habis wristling la gamaknya.

* Ikan bilis yang tak terlalu basah comfirm tak bergumpal punya. Toskan jela elok-elok.

4. Masukkan ikan bilis yang dah digaul dalam tepung tadi kedalam minyak panas.Api jangan besar ye, just nice je. Baru la ikan bilis tu masak elok and rangup.ikan bilis kekal rangup

Ikan bilis ni boleh la makan dengan nasi lemak/buat sambal..rangup nye tu memang power, tak caya cubalah.ikan bilis kekal rangup

BACA JUGA :: Nak Sambal Goreng Ikan Bilis Tahan Lama & Menyelerakan, Kena Cuba Resepi Ini!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 − six =