Nak Sambal Goreng Ikan Bilis Tahan Lama & Menyelerakan, Kena Cuba Resepi Ini!

Nak Sambal Goreng Ikan Bilis Tahan Lama & Menyelerakan, Kena Cuba Resepi Ini! | Siapa je yang tak minat sambal dalam setiap hidangan makanan? Sebut sahaja sambal ikan bilis goreng pasti ada yang terbayang apabila makan bersama-sama nasi putih panas-panas. Fuh sungguh menyelerakan. Bukan setakat tu sahaja, sambal juga menjadi pilihan orang ramai kerana tahan lama.

Menerusi Facebook Hayati Yati, kongsi resepi untuk membuat sambal ikan bilis goreng yang tahan lama. Tapi yang paling penting, ianya mudah dan sedap!

Sambal Goreng Ikan Bilis Boleh tahan seminggu

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Siap sambal goreng ikan bilis mama. Asalnya buat untuk anak yang duduk asrama. Kesian kat dia sebab bila time dewan masak seafood, dia tak boleh makan sebab dia alergik seafood. So dia layan maggi je.

Jadi mama pun buatkan sambal ini untuk dia, boleh la tahan seminggu kot sebekas tu, makan dengan nasi panas-panas pun sedap. Lepastu kawan-kawan dorm pakat rasa sorang sikit. Habis.

Tak tau la nak kata, sedap ke tak. Mama masak biasa-biasa jer, kawan-kawan anak pulak minta masak lagi, nak beli katanya. Oklah, mama ikutkan je.

Cara-caranya

Ok,ni resepi sambal goreng ikan bilis mama ye.

Bahan-bahan:-

  • 180gm – cili api hijau280gm- cili merah
  • 100gm- ikan bilis kopek
  • 600gm- bawang besar(potong dadu)
  • 150gm- bawang putih
  • 380gm- tomato
  • 2 keping- asam keping
  • Minyak masak
  • Garam, aji/ serbuk secukup rasa.

Cara-cara:-

Semua bahan-bahan selepas dibersihkan, tapis lepas tu digoreng. Nak goreng sekali harung boleh. Asing-asing pun boleh. Saya asing-asing sebab kuali sedang-sedang je. Dah masak semua kemudian blend. Saya blend ikan bilis dulu sebab nak halus sikit. Kemudian baru blend semua bahan-bahan lain. Blend kasar-kasar je.

Kemudian tumis semula dalam minyak yang goreng tadi. Guna air masak ye masa blend tu. Masa tumis tak payah masuk air lagi tau. Masukkan asam keping, garam dan aji.

Masak sampai pecah minyak dan garing sikit kalau nak tahan lama. saya buat ini boleh tahan seminggu duk luar, tak payah masuk peti ais pun. Janji lepas masak, masuk bekas tunggu betul-betul sejuk. Jangan tutup masa masih panas. Nanti tak tahan lama ya. Suakatan ini boleh dapat banyak, so kalau nak buat sikit, boleh bahagi dua bahan-bahan tu ya.

Sekian resepi dari saya.

Sumber: Hayati Yati[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × three =