Inilah 5 Resipi Minum Petang Guna Air-Fryer, Memang Mudah Dan Cepat! - Petua Ibu

Inilah 5 Resipi Minum Petang Guna Air-Fryer, Memang Mudah Dan Cepat!

Inilah 5 Resepi Minum Petang Guna Air-Fryer, Memang Mudah Dan Cepat! | Jika korang seorang yang tidak mempunyai masa yang panjang untuk memasak, tentunya air-fryer adalah perkakas dapur yang wajib ada.

Bukan saja mudah digunakan, fungsinya untuk menggoreng makanan tanpa minyak menjadikan makanan kamu lebih sihat.

Nama saja air-fryer, tapi ia bukan hanya untuk mengoreng saja. Nah kami kongsikan beberapa menu minum petang yang dicipta oleh yang Wan Nor Fatinhana untuk dicuba pada musim PKP ni dengan hanya menggunakan Air-Fryer.

5 Resepi Minum Petang Gunakan Air-Fryer

1.ROTI GULA BAKARAir-Fryer

  1. Sapukan roti dengan mentega & taburkan gula.
  2. Setkan suhu pada 180 darjah Celsius selama 10 minit.

2. KEK PISANG

Bahan-bahan

  • 3 biji pisang. *
  • Setengah cawan gula. *
  • 2 biji telur. *
  • Setengah cawan tepung gandum yang telah diayak supaya tak berketul bila masak.
  • Setengah sudu teh kecil esen vanilla untuk kurang hanyir telur. *
  • Cip coklat.
  • 1 sudu teh kecil baking powder.
  • Setengah sudu teh kecil soda bikarbonat.
  • Setengah cawan minyak.
  1. Kisarkan bahan yang bertanda (*) hingga sebati dan tambah sedikit susu Dutch Lady lowfat
  2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam bekas. Tuangkan perlahan-lahan bahan yang dikisar dan kacau hingga sebati.
  3. Sediakan loyang dan sapu marjerin.
  4. Tuang acuan tadi ke dalam loyang dan taburkan cip coklat.
  5. Panaskan air fryer untuk 5 minit pada suhu 160 darjah Celsius.
  6. Masukkan kek ke dalam air fryer dan masak untuk 30-45 minit.

*Buka air fryer setelah 30 minit untuk melihat keadaan kek dan cucuk pada bahagian tengah dengan garfu untuk melihat sama ada ia hampir masak atau belum.

3. PUDING ROTI KUAH KASTARD

Bahan untuk puding

  • 8 keping roti yang dipotong 4 dan disapu dengan mentega.
  • 2 cawan susu segar. *
  • 2 biji telur *
  • 2 sudu gula *
  • 1 sudu kecil esen vanilla *
  • Kismis atau cip coklat.
  • Sediakan loyang yang sudah disapu dengan mentega.
  • Kacau sekata bahan yang bertanda *
  • Susun roti di dalam loyang & tuang bahan yang telah dikisar.
  • Tabur choc chip
  • Bakar pada suhu 20 darjah Ceksius selama 20 minit.

Kuah kastard

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam
  • 1 sudu esen vanilla

Masak di atas dapur secara perlahan. Akhir sekali masukkan tepung untuk pekatkan kuah.

Air fryer tidak sama dengan oven tak sama. Jika ingin masak kek, korang perlu panaskan dulu air fryier selama 5 hingga 10 minit pada suhu tertinggi,

Kemudian, mulakan pada suhu rendah sama ada 160 atau 180 darjah Celsius selama 20 minit. Dan baru boleh naikkan suhu dan tambah masa bila tengok keadaan kek seperti sudah nak masak.

4. Roti Ala2 Titab

  1. Untuk resepi ini sapukan mentega dan bakar pada suhu 20 darjah Celsius untuk 5 ke 10 minit. Jika lihat sudah separuh garing, ia bermakna roti sudah siap.
  2. Pukul telur sebiji. Kemudian celupkan roti yang sudah disapu mentega tadi ke dalam telur dan seterusnya bakar.

5. Roti Sardin Bakar

Inti

  1. Tambahkan sedikit minyak, bawang, ikan sardin yang sudah diasingkan dari kuah dan tambahkan sedikit sos cili.
  2. Masak sehingga kuah sedikit kering.

Roti

  1. Letakkan inti di tengah-tengah roti yang sudah sedikit dilenyekkan.
  2. Lipat roti dan tekan dengan garfu di sekeliling roti.
  3. Sapukan mentega pada roti
  4. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius untuk tempoh masa 5 hingga 10 minit.
You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.