Cara Masak Nasi Goreng Lejen Macam Mak Kita Buat. Takde Perencah Pun Sedap! - Petua Ibu

Cara Masak Nasi Goreng Lejen Macam Mak Kita Buat. Takde Perencah Pun Sedap!

Cara Masak Nasi Goreng Lejen Macam Mak Kita Buat. Takde Perencah Pun Sedap! | Nasi goreng paling sedap adalah nasi goreng yang mak kita buat. Nasi goreng ini memang lejen sebab tak letak perencah pun tapi tetap sedap sampai kita teringat-teringat hingga sekarang.

Bersyukurlah kalau masih ada ibu, boleh merasa lagi air tangannya ini. Tapi bagi yang dah tiada tapi teringin sangat nak makan boleh cuba buat sendiri.

Caranya dikongsi oleh Har Ryea

Cara masak nasi goreng lejen!

Bila sebut nasi goreng lejen inilah dia, tak perlu susah-susah fikir perencah itu dan ini.

1. Tumbuk saja bawang merah, bawang putih, lada kering (rebus sekejap). Tambah ikan bilis, tumbuk sekali.

2. Tumbuk sampai macam ni, tak lumat pun tak apa.

nasi goreng lejen

3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi sampai garing. Masukkan garam dan serbuk perasa.

4. Pecahkan telur kemudian ratakan perlahan-lahan.

nasi goreng lejen

5. Masuk nasi sejuk, gaul rata sampai berwap sikit.

6. Siap. Mudah dan sedap, confirm makan bertambah.

nasi goreng lejen

Selamat mencuba!

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.