Ini Cara Hilangkan Kesan Gores Pada Panel Pintu Kereta, Jimat Buat Sendiri Je.

Ini Cara Hilangkan Kesan Gores Pada Panel Pintu Kereta, Jimat Buat Sendiri Je. | Kesan calar atau gores di panel pintu kereta atau door trim ini boleh buat kita geram. Boleh jadi terkena mainan anak, benda tajam atau mungkin juga ada tangan yang mengopek sambil duduk dalam kereta.

Takkanlah nak tukar satu pintu semata-mata kerana kesan calar ini kan. Harga boleh cecah RM1k untuk satu pintu.

Sebenarnya kesan calar/gores pada door trim ini boleh kita selesaikan sendiri dan caranya cukup senang. Tak perlu bawa pergi bengkel habis beratus untuk caj baiki kerosakan kecil ini. Dengan mengikuti cara hilangkan kesan gores ini anda pasti puas hati. Hasilnya memang terbaik, kesan goreng langsung tak nampak.

Tip mudah hilangkan kesan gores pada permukaan panel pintu kereta

Caranya dikongsi oleh Mohamad Riduan Abdul Japar yang mengalami masalah sama pada door trim keretanya.

Ujarnya yang mendapat tip daripada salah seorang rakan netizen untuk hilangkan kesan tersebut tak perlu guna alatan, blower dan sebagainya.

Apa yang diperlukan cuma;

  • Plastik keras (paip PVC, batang pen atau mainan anak)
  • Kiwi kasut hitam

Caranya:

  1. Gosok/tonyoh dengan lembut bahagian permukaan yang bercalar dengan plastik keras.
  2. Gosok hingga permukaan jadi rata semula.
  3. Kemudian letak kiwi kasut hitam dan gosok semula.
  4. Ulang semula langkah 1-3 hingga kesan calar tak kelihatan.

Hasilnya

Langsung tak nampak kesan gores sebelum ini.

Hilangkan Kesan Gores Hilangkan Kesan Gores

Waktu menggosok plastik keras pada permukaan panel akan terhasil pemanasan secara semula jadi melalui proses geseran. Ia membantu permukaan jadi rata tanpa merosakkan material asal.

Semoga bermanfaat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 − three =