Home All Petua Kenderaan Kalau Tingkap Kereta Rosak Tak Boleh Turun Naik, Ini 3 Perkara Yang...

Kalau Tingkap Kereta Rosak Tak Boleh Turun Naik, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Periksa!

11760
2
Kalau Tingkap Kereta Rosak Tak Boleh Turun Naik, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Periksa!

Kalau Tingkap Kereta Rosak Tak Boleh Turun Naik, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Periksa! | Antara bahagian dalaman kereta yang jarang rosak tetapi akan rosak adalah tingkap di pintu kereta. Selalunya faktor kerosakan adalah disebabkan komponen dalaman sudah haus atau uzur seiring dengan usia kereta anda.

Masalah biasa yang akan berlaku adalah ia tidak dapat turun atau naik apabila diperlukan. Selain itu apabila rosak, ia akan tersekat di tengah bingkai pintu dan fungsinya tidak lancar seperti selalu.

Kami ingin tunjukkan 3 perkakas yang anda kena periksa untuk ketahui masalah yang sedang dihadapi tentang tingkap kereta atau cermin pintu kereta.

1. Masalah fius

tingkap kereta

BACA JUGA :: Kalau Dengar 5 Jenis Bunyi Ini Bila Pandu Kereta Itu Petanda Ada Yang Rosak

Cuba periksa bahagian fius. Anda boleh cuba gantikan fius yang lama dengan yang baharu tetapi jika ia masih bermasalah, cuba periksa bahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas. Peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas ataupun terbakar. Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.

2. Voltan elektrik dan suis tingkap

Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa. Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru. Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.

3. Motor dan regulator

Jika sudah memeriksa arus elektrik dan suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Alat yang lemah mesti diganti baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap kereta yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.

Jika segalanya sudah ditukar tetapi tingkap kenderaan masih tidak berfungsi, cuba bawa ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik yang lebih pakar dalam isu ini.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here