Daun Kunyit Kuning Dan Tak Subur, Lelaki Ini Kongsi Cara Tanam Dan Perawatannya.

Daun Kunyit Kuning Dan Tak Subur, Lelaki Ini Kongsi Cara Tanam Dan Perawatannya. | Pokok kunyit adalah antara tanaman yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan tanaman halaman rumah.

Pokok kunyit yang mempunyai banyak kegunaan untuk masakan, kecantikan dan kesihatan menjadikan ia pokok wajib ditanam halaman rumah.

Tapi nak tanamnya memang cabaran, jika salah cara, habis pokok daun kunyit rosak tapi jika betul pasti merimbun!

Ikuti perkongsian lelaki ini tentang pengalaman tanam pokok daun kunyit. Hasilnya memang menjadi dan subur!

Saya juga baru je belajar menanam daun kunyit guna Polly beg ni baru sangat dalam 4 hingga 5 bulan lebih kurang.

Senang cerita kunyit suka sejuk maksudnya redup kalau bawah matahari terus tanpa hujan kurang siram tanah kering dia akan kuning.ini pengalaman sy tanam atas tanah yg terdedah matahari,pokok jarak2 Dan x rapat x de perlindungan.kawasan matahari ptg mmg terik.kalau matahari pagi ok lg dia mampu bertahan tp daun kunyit agak terbakar hujung2 la x la teruk sgt.daun kunyit masih blh guna.daun kunyit daun kunyit

Saya pindah dlm Polly beg letak tepi rumah, teduh pokok rambutan .tempat ni mmg sejuk Dan matahari pagi.daun lebih lebar daun lebih hijau Dan sy hanya guna Baja urea kalau Ada nasi basi sy letak sikit2 je Kat tanah dia pas tu gembur2kan.

Tanah yg sy gunakan:

  • Sekam bakar
  • Sabut kelapa halus (cocopaet)
  • Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar
  • Alhamdulillah Dari 3-4 pokok kini saya mendapat 37 pokok.

GUNA TANAH COCOPAET
Guna cocopaet ni sebenarnya senang. Saya pun baru tahu Kita x perlu siram selalu sebab tanahnya mmg sentiasa lembab.dan bila musim hujan dia x terlalu terendam air Dan dia x akan mampat so akar senang bercambah pokok jd besar daun pun besar2 geram tengok sukanyaaaaa.

POTONG BATANG JIKA ADA POKOK YANG LAYU DAN ROSAK
Ok lagi satu dalam 10 pokok yg Kita tanam mesti Ada salah satunya layu bantut Dan mati.jd saya korek isinya Dan lihat masih cantik keras x membusuk jd sy biarkan saja alhamdulillah dah keluar tunas baru.

Jika Ada pokok anda yg layu Dan mati semua daun potong je batang dia insyaallah dia akn tumbuh semula kalau isinya x membusuk.

Jika isinya membusuk baik buang je .gamburkan tanah jika tanah DH mengeras eloknya tukar tanah jika x sesuai

TANAM KUNYIT SKALA BERSAR
Jika Kita lihat bagai Mana org tanam kunyit berskala besar berekar2 tp cantik Dan subur walaupun terdedah pancaran matahari pada pandangan sy sebab ia rapat Dan tanahnya lembab x terlalu kering.pembajaan yg bagus kerana mereka memang pakar.tanah bersesuaian,tanah gembur Dan parairan yg bagus.

BELAJAR PENGALAMAN SENDIRI TANAM KUNYIT
Puas juga sy Cuba Cari di YouTube mencari bagai Mana menanam kunyit tp semua menunjukkan cara menanamnya sahaja tp tidak cara perawatan Dan kawasan yg sesuai. Susah sebenarnya mendapatkan ilmu jika x Ada yg ajar,apa yg Sy dpt semua Dr pengalaman sendiri.belajar Dr kesilapan Dan usaha sampai dpt.sekian ulasan sy yg panjang lebar ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Azizi Manap

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.