Bukan Susah Tanam Kunyit Hidup, Dalam 2 Minggu Lebih Inilah Hasilnya

Kunyit hidup baik ubinya mahupun daunnya memang banyak digunakan dalam masakan seperti rendang, masak lemak dan sebagainya sebagai penambah aroma. Boleh dikatakan bahan wajiblah beli setiap beli barang dapur di pasar.

Padahal bukan susah pun nak tanam kunyit hidup sendiri di rumah, dua minggu lebih dah boleh petik daunnya, guna dalam masakan. Jimat belanja dapur.

Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Cikgu Shariful Fadzli ini, sebagai salah satu aktiviti bercucuk tanam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dua minggu tanam dah boleh dapat hasilnya.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Berikut perkongsian tersebut;

Ha, 2 minggu lebih tumbuh dah daun kunyit ni. Boleh la masak rendang untuk Iftar nanti. Fuh jimat duit. Mahal tau orang jual daun kunyit ni!

Orang perempuan, suruh suami/anak/adik beradik korang tanam kunyit ni ha. Bukan susah dan lama pun nak tunggu macam durian kan. Orang lelaki, korang tanam jelah. Senang je nak buat. For sure boleh menggembirakan hati ibu atau isteri korang. Paling tidak, dapat gembirakan hati sendiri pun jadilah!

Sebelum tu, selain buat rendang, daun kunyi ni nak buat apa? Haa, banyak boleh guna dalam masakan. Saya pun tak reti sangat, minta tolong chef tetap kat dalam rumah ni je decide. Cikgu Sho telan je. Hehe

Ok, step nak tanam kunyit, kena sediakan KUNYIT HIDUP. Jangan korang guna kunyit Adab ka, Faiza ke! Sampai kiamat tak tumbuh! Time beli cakap KUNYIT HIDUP ok.

Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi.

1. Ni rupa kunyit hidup. Belilah banyak mana nak tanam. Beli sikit sikit dah la, jangan buat panic buying plak!

kunyit hidup

2.Cari tempat teduh sikit. Gali lubang. Jangan dalam sangat.

kunyit hidup

3.Tengok, kunyit tu berdiri tegak. Saja nak tunjuk kedalaman lubang tu. haha. Kesian dia nampak macam sunyi kan? Nasib baik beli kunyit 2 ketul. Boleh lah buat teman.

kunyit hidup

4.Pastu masukkan kunyit dalam lubang tu, susun lah macam mana pun. Ikut kreativiti.

kunyit hidup

5.Kambus. Tanam dan kebumikan dia.Lepas tu jirus air tau.

kunyit hidup

6. Siram lah air paling kurang 2 kali sehari. Kalau ada baja, guna baja sikit. Jangan kerap sangat letak baja terutama baja ketul tu. selalunya dia akan ganggu pH tanah. Rosak nanti.Baja apa nak guna, paling takde baja, guna jelah sisa-sisa makanan, air basuh beras pun layan.

kunyit hidup

Kena jaga betul betul. Siput babi suka makan. Tengok dia dah makan sikit daun kunyit cikgu sho.

Dalam 2 minggu lebih, inilah hasilnya.

kunyit hidup

Cikgu Sho
Suka Rendang Daging

Baca Lagi Di Sini: Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri daun kunyit di rumah ikut tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Shariful Fadzli

[/expander_maker]

You might also like
2 Comments
  1. […] BACA: Bukan Susah Tanam Kunyit Hidup, Dalam 2 Minggu Lebih Inilah Hasilnya […]

  2. […] Kunyit Kuning Dan Tak Subur, Lelaki Ini Kongsi Cara Tanam Dan Perawatannya. | Pokok kunyit adalah antara tanaman yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan tanaman halaman […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.