Memang Mudah Tanam Kacang Tanah, Dah Semai Boleh Tinggal Tapi Hasil Meriah. - Petua Ibu

Memang Mudah Tanam Kacang Tanah, Dah Semai Boleh Tinggal Tapi Hasil Meriah.

Memang Mudah Tanam Kacang Tanah, Dah Semai Boleh Tinggal Tapi Hasil Meriah. | Kalau ada yang sedang cari tanaman yang mudah ditanam dan tak perlu banyak penjagaan sebab sibuk kerja rasanya boleh tanam kacang tanah. Sesuai dengan kata orang senang macam kacang, memang mudah untuk menanamnya.

Buat kerja sekali dan boleh tinggal. Tunggu 3 bulan boleh tuai. Paling best dengan modal beli benih kacang RM8 boleh dapat pulangan lebih RM200. Perkara ini dikongsi oleh Natalia Ling yang baru saja selesai menuai kacang yang ditanam di belakang rumah.

Paling senang tanam, modal RM8 hasil jualan lebih RM200

Banyak-banyak tanaman yang saya tanam kacang tanah lah paling senang saya rasa. Cuma bersihkan tanah sekali, tanam benih dan timbus. Tunggu 3 bulan terus cabut ambil hasil.

Nak cabut pun senang. Modal RM8 saja tapi hasil jualan lebih RM200. Boleh buat belanja tak kerja lepas PKP.

Cara tanam kacang tanah

Bagi yang nak cuba tanam kacang tanah boleh ikut cara Natalia dan juga netizen dalam perkongsian beliau;

  1. Beli kacang tanah mentah untuk dibuat benih. Boleh beli yang ada kulit atau kacang tanah biasa yang dijual di kedai. Cari yang cantik, elok.
  2. Jika guna kacang tanah dengan kulit, jemur dulu agar kering supaya senang nak buka kulit. Jika guna kacang tanah mentah biasa dijual di kedai terus rendam selama sejam dan boleh ditanam. Boleh juga rendam satu atau dua malam biar keluar tunas sebelum tanam.
  3. Gemburkan tanah, letak 5 biji satu lubang kemudian kambus dengan tanah. Sebaiknya tanah gembur dan berpasir.
  4. Tanam kacang tak perlu banyak penjagaan. Tak perlu baja, tak perlu siram kecuali kena hujan. Cuma kena gemburkan tanah untuk bantu banyakkan kacang.
  5. Cukup tiga bulan boleh tuai hasil. Yang ini saya tanam 30/7 dan tuai 1/11. Bila dah tuai boleh simpan sedikit untuk tanam semula.

tanam kacang tanah

Tip: Kalau nak hasil kacang lagi banyak, bila nampak batang bawah daun ada akar warna keluar, timbun dengan tanah. Nanti akan keluar kekacang lagi pada akar itu.

Ini hasilnya

tanam kacang tanah

Selamat bercucuk tanam.

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.