Tanam Sendiri Timun Jepun, Di Balkoni Pun Pokok Tetap Subur Buahpun Elok!

Bagi yang suka makan timun mesti tahukan timun Jepun ini memang sedap. Ranggup dan sesuai jadi ulam. Lagi sedap dari timun biasa. Harganya pun lebih mahal.

Bagi yang ada hobi bercucuk tanam, bolehlah mencabar diri menanam timun Jepun ini seperti yang diusahakan oleh Asyraf Rahim.

Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya.

Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya.

Timun Jepun kebun balkoni

  • Kaedah Hidroponik
  • Benih F1 Green Eagle
  • Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu.

  • Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada floater sebagai water level indicator.
  • Timun jepun ini jenis menjalar – saya pakai jaring trelis ikat pada railing balkoni.

timun jepun

  • Baja AB kepekatan EC 1.5mS/cm, pH 6.6-6.8
  • Forliar berjadual; Hydrogen Peroxide, Neem+Garlic Oil, Bactillus Subtilis, Kitosan, Trichoderma, Kristalon, Seaweed Solution.

timun jepun

  • Tuaian -45 hari dari semaian benih, ke tuaian buah.

Kalau lihat dari penggunaan baja pun dah mencabar. Bagaimanapun kata Asyraf beliau banyak belajar ilmu tanaman ini di YouTube Bright Agrotech dan Hidroponikpedia dalam bahasa Indonesia. Tapi bila lihat hasil begini memang puas hati.

timun jepun timun jepun

Semoga perkongsian beri manfaat pada yang suka bercucuk tanam, bolehlah cuba tanam timun jepun ni. Senang nak masak petik je depan rumah.

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.