Ganti Lampu Biasa Dengan Lampu LED, Boleh Jimat Bil Eletrik Rumah Antara RM300 Ke RM1k Setahun

Biasanya di rumah, boleh dikatakan hampir semua tuan rumah akan menggunakan lampu kalimantang sebagai lampu utama, kan?

Malah lampu jenis ‘downlight’ juga digunakan sebagai sumber cahaya tambahan ataupun sekadar pencahayaan hiasan.

Tapi tahukah anda, penggunaan elektrik bagi lampu kalimantang dan downlight yang jenis biasa itu sebenarnya agak tinggi?

Dan tahukah anda, sebenarnya kita boleh menjimatkan banyak kos bil elektrik apabila beralih kepada lampu jenis LED?

lampu LED

Seorang warganet, Nik Mohd Rizal baru-baru ini ada berkongsi di group Tukang Apa Hari Ini (TAHI) berkenaan kiraan perbandingan penggunaan elektrik antara lampu jenis biasa dan LED di rumahnya.

Mari ikuti perkongsian ini.

Nak kongsi sikit penjimatan bila bertukar ke lampu LED.

1. Lampu downlight

  • 10 lampu downlight yang asal: 10 x (18w + 18w ballast) = 360w
  • 10 lampu downlight LED 9w = 90w
  • Penjimatan = 270w
  • Penjimatan sebulan (empat jam sehari) = 324kWh
  • Penjimatan setahun = 386kWh (antara RM83 ke RM219 mengikut tarif semasa TNB)

2. Lampu kalimantang

  • 15 lampu kalimantang asal: 15 x (36w + 40w ballast) = 1,140w
  • 15 lampu LED 11w = 165w
  • Penjimatan = 975w
  • Penjimatan sebulan (empat jam sehari) = 117kWh
  • Penjimatan setahun = 1,404kWh (antara RM306 ke RM801 mengikut tarif semasa TNB)

Jumlah penjimatan keseluruhan = RM389 ke RM1,020 setahun

Jangka masa panjang memang menjimatkan.

Lampu biasa memang murah, tapi…

Selain itu, jelas Nik Mohd Rizal, kos harga pembelian kedua-dua jenis lampu tersebut juga berbeza.

Difahamkan, harga lampu jenis LED memang agak mahal sedikit berbanding lampu biasa, namun bagi kesan jangka panjang, ternyata lampu LED lebih menjimatkan.

“Lampu biasa lebih murah. Lampu LED memang mula-mula kos tinggi tapi LED tahan lima tahun. Jadi jangka panjang akan (berbaloi) untuk daripada segi kos mentol dan juga kos elektrik,” katanya.

Jadi, marilah beralih penggunaan kepada lampu LED. Pilihan ada di tangan anda. Selamat mencuba.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty + 8 =