KKM Kongsi Tatacara Untuk Disinfeksi Rumah & Penyediaan Bahan Disinfeksi Untuk Pembersihan.

KKM Kongsi Tatacara Untuk Disinfeksi Rumah & Penyediaan Bahan Disinfeksi Untuk Pembersihan. | Umum telah mengetahui bahawa wabak virus pandemik COVID-19 kian menular di Malaysia.

Kes positif harian yang dicatatkan sejak kebelakangan ini pula mencecah ribuan kes dan ianya amat membimbangkan sekali.

Justeru daripada itu, tidak mustahil salah seorang daripada ahli keluarga anda akan dijangkiti dengan virus yang membawa maut ini.

Namun begitu, sekiranya ada diantara ahli keluarga anda yang tinggal serumah dijangkiti, maka kawasan rumah anda itu perlulah disinfeksi bagi membunuh virus tersebut.

Untuk disinfeksi pula, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu perkongsian yang dikongsi di akaun Twitter rasminya ada berkongsikan cara serta bahan yang perlu anda untuk disinfeksi rumah anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Cara untuk disinfeksi rumah anda. Penyediaan bahan disinfeksi untuk bersih permukaan:

disinfeksi rumah

  • 5 sudu makan larutan sodium hipoklorit 5% + 3.8 liter air ATAU
  • 4 sudu teh larutan sodium hipoklorit 5% + 0.95 liter air ATAU
  • 1 bahagian larutan sodium hipoklorit 5% + 49 bahagian air

Sumber

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 5 =