8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19 - Petua Ibu

8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19

8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19 | Dunia ketika ini berhadapan dengan risiko krisis ekonomi yang meleset berikutan penularan wabak COVID-19 yang merencatkan aktiviti perniagaan serta kejatuhan harga minyak akibat lambakan minyak mentah di pasaran.

Banyak negara sudah melaksanakan perintah kawalan pergerakan dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19 termasuklah di negara kita.

Kesannya, sebahagian besar daripada kita tidak boleh keluar rumah untuk bekerja malah terdapat ramai juga yang sudah kehilangan kerja semenjak PKP dilaksanakan pertengahan Mac lalu.

kemelesetan ekonomi

Situasi ini pastinya memberi impak buat ekonomi negara dan juga kewangan peribadi kita sendiri kerana sudah kehilangan pendapatan untuk menampung kehidupan seharian. Duit simpanan yang terkumpul pun sudah semakin berkurangan hari demi hari.

Faizul Ridzuan, seorang perunding hartanah terkemuka di Malaysia berkata apa yang paling penting sekarang adalah kita perlu berjimat dan menyimpan wang tunai sebagai persediaan menghadapi krisis kemelesetan ekonomi yang lebih mencabar tidak lama lagi.

BACA:Tip Jimat Duit Belanja Harian Ketika Berdepan Cabaran Ekonomi Akibat COVID-19

Terdapat 8 langkah yang tidak digariskan untuk kita lakukan SEKARANG bagi menyimpan lebihan wang tunai sebagai ’emergency fund’ lebih-lebih lagi jika kita masih mempunyai hasil pendapatan.

8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi

  1. Gaji Tetap : Simpan dan jimatkan penggunaan. Bezakan antara keperluan dan kehendak.
  2. KWSP Akaun 2 : Keluarkan sahaja RM500 setiap bulan dan simpan. Gunakan untuk emergency sahaja.
  3. Jika ada investment lain seperti emas, unit amanah, rumah, dan lain-lain, simpan sebagai ‘backup plan‘.
  4. Jika ada hutang di bank seperti pembiayaan rumah, kereta atau personal loan, ambil kesempatan untuk TANGGUH BAYARAN melalui skim moratorium dan simpan lebihan tunai sebagai emergency savings.
  5. Jika anda dapat full salary bulan ini dan merupakan kakitangan swasta yang bekerja di small company, bersedia untuk terima potongan gaji sekitar 30% hingga 70% untuk beberapa bulan akan datang.“Expecting the worst is better to get yourself prepared.”

    Yang bekerja di big company pula, jangan terlalu selesa.

    Kerana untuk meneruskan bisnes, mereka harus mengambil tindakan drastik (anda akan faham jika anda seorang majikan).

    Jika tidak, potensi mereka gulung tikar dan anda kehilangan kerja amatlah tinggi pada waktu ini.

    Keep the unemployment rate low. Jadi ianya satu win-win situation. You help your boss, your boss will help you too.

    It is better to get a salary cut daripada kita tiada kerja langsung sebab ingat, semasa kemelesetan ekonomi, tiada atau amat sedikit peluang pekerjaan yang ada.

  6. Jika anda house owner or penyewa, expect juga tiada atau minimal house rental reduction.Bagi house owner yang kaya dan berkemampuan, yes they can give free rental to their loyal and good tenant.

    Tetapi untuk house owner yang masih mempunyai tempoh baki pinjaman yang panjang, please collect your house rental tapi boleh juga bagi sedikit diskaun (atas budi bicara) dan tengok status kewangan penyewa anda sama ada mereka ada salary cut atau sudah pun jobless atau masih menerima gaji seperti biasa.

    Melihat kepada baki tempoh pinjaman di bank, jika masih berbaki 30 tahun, interest vs principal yang anda bayar adalah 70% dari bayaran ansuran rumah (satu jumlah yang sangat besar).

    You will pay now or later, jadi sama juga maksudnya it is a cost to you. Win-win situation juga.

    Be kind to your tenant and your tenant will survive and help you too.

    Macam saya sendiri, saya hanya dapat bagi free rental kepada penyewa untuk bulan April sahaja sebagai tanda sedikit bantuan dan for next few months it will be not less than 70%.

    At least your loyal tenant know that you are trying to help and they need to help us too untuk bayar sewa macam biasa + sedikit diskaun.

    Jaga our loyal tenant pada masa ini sebab akan datang nanti susah nak dapat loyal and good payer tenant sepanjang tempoh krisis ini.

  7. Jika berkemampuan, bersedekahlah walaupun sikit.Insyallah dalam rezeki anda yang mengalir, ada juga rezeki mereka yang kurang bernasib baik.
  8. Jika anda sudah mempunyai emergency fund yang mencukupi barulah boleh berfikir untuk beralih kepada jalan penyelesaian hutang-hutang lama.Contohnya melalui moratorium, komitmen installment rumah + kereta + personal loan anda adalah RM2,000/sebulan.

    Hutang kad kredit pula RM10,000.

    Anda hanya perlukan 5 bulan sahaja untuk tutup hutang kad kredit tersebut melalui skim moratorium hutang-hutang lain.

    Tetapi cara ini hanya sesuai bagi mereka yang sudah mempunyai emergency savings yang cukup.

    Keutamaan di sini adalah untuk kumpul emergency savings terlebih dahulu.

Just want to share awareness on the importance of getting prepare for recession now so at least you have more cash in hand as emergency saving especially yang masih ada peluang simpan sebanyak mungkin wang tunai, mulai bulan ini dalam menghadapi kemelesetan ekonomi.

Sumber: Faizul Ridzuan

You might also like
6 Comments
  1. […] 8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19 […]

  2. […] BACA: 8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19 […]

  3. […] BACA: 8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19 […]

  4. […] BACA: 8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19 […]

  5. […] BACA: 8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19 […]

  6. […] & Penyediaan Bahan Disinfeksi Untuk Pembersihan. | Umum telah mengetahui bahawa wabak virus pandemik COVID-19 kian menular di […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.