Tip Jimat Duit Belanja Harian Ketika Berdepan Cabaran Ekonomi Akibat COVID-19

Tip Jimat Duit Belanja Harian Ketika Berdepan Cabaran Ekonomi Akibat COVID-19 | Selain impak besar terhadap kesihatan serta ancaman nyawa, wabak COVID-19 telah menyebabkan berlakunya keruntuhan ekonomi yang teruk di peringkat global.

Negara kita juga turut menerima impak yang sama. Dijangkakan kadar pengangguran di Malaysia akan meningkat secara mendadak dalam masa yang terdekat. Namun kita bersyukur kerana kerajaan turut memainkan peranannya untuk membantu pelbagai golongan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Ramai orang telah dan bakal kehilangan kerja. Jadi dengan ekonomi yang tidak menentu ini adalah lebih baik kita mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam berbelanja.

Kehidupan harian kita juga telah berubah dengan norma baharu yang perlu kita patuhi bagi mengelakkan wabak COVID-19 kembali menular dengan teruk.

BACA: Jangan Cemburu Dengan Penjawat Awam, Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita

Bagi meringankan beban dan meneruskan kelangsungan hidup terdapat beberapa langkah dan cara baik untuk berjimat.

Kali ini kami ingin kongsi beberapa tip jimat duit yang kita semua boleh amalkan.

PERBELANJAAN MAKAN SETIAP HARI

Sekarang bulan Ramadan di mana kita semua berpuasa. Tapi jangan ingat berpuasa ramai orang akan lebih berjimat. Malah ada yang kadar perbelanjaan makan harian mereka lebih tinggi dari biasa.

Kira perbelanjaan untuk makan setiap hari dan selepas berkakhirnya Ramadan anda boleh amalkan membawa bekal dari rumah. Lagipun itu adalah cara terbaik untuk berjimat dan amalkan penjarakan sosial.

Bayangkan anda berbelanjan makan tengahari RM15 sehari. Kalau lima hari bekerja sudah boleh jimat RM75!

REKODKAN SEMUA PERBELANJAAN

Bagi ramai orang tip jimat duit ini mungkin agak leceh apatah lagi jika perbelanjaan turut dilakukan secara di atas talian dan tidak melibatkan wang fizikal. Tidak semua orang suka simpan resit atau merekod dengan setiap perbelanjaan.

Namun untuk menjaga perbelanjaan dengan paling baik semua perkara perlu direkodkan. Dari situ anda boleh tahu tabiat berbelanja sama ada boros atau tidak. Dan menerusi amalan ini juga anda boleh tahu perbelanjaan apa yang boleh dikurangkan atau dihentikan terus.

HARGA DAHULU, JENAMA NOMBOR DUA

Sekarang bukan masanya untuk kita berhias dengan pelbagai barangan berjenama. Ya, memang sesetengah barang berjenama menawarkan kualiti tinggi tetapi ada juga jenama biasa yang boleh menandinginya.

Jika anda ada pilihan untuk membeli satu-satu produk dengan fungsi sama dan kualiti setara kenapa perlu berbelanja lebih. Begitu juga dengan barang-barang dapur. Kebanyakan pasar raya mempunyai produk berjenama sendiri yang jauh lebih murah.

LATIH DIRI KAWAL BERBELANJA

Menukar tabiat adalah satu perkara yang agak sukar bagi ramai orang. Namun dengan kondisi ekonomi sekarang kita harus sentiasa ingat dan jauhi mentaliti beli dahulu, fikir kemudian.

Ubahlah gaya hidup secara perlahan-lahan. Biar perlahan asalkan anda boleh buat. Hal ini bergantung kepada setiap individu. Berbelanja itu memang menyeronokkan namun jika memudaratkan dalam jangka masa panjang, ia satu perbuatan yang tidak bertangungjawab.

Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli.

Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.

NAK JIMAT DUIT JANGAN BELI BARANG TAK PERLU

Sebelum ini mungkin kita sudah terbiasa membeli sesuka hati terutamanya secara di atas talian. Dengan pelbagai tawaran diskaun murah siapa sahaja tidak kelabu mata. Begitu juga dengan tawaran di pasaraya.

BACA: Inilah 9 Tip Jimatkan Bayaran Cukai Pendapatan 2019, Baca Perkongsian Lelaki Ni.

Jadi bagi mengelakkan berbelanja terhadap perkara yang tidak patut anda boleh jauhi dan kurangkan kunjungi protal e-dagang. Selain itu, kurangkan juga keluar ke pasar raya dengan kerap dapat jimat duit dari dibelanjakan pada barang tidak perlu.

Periksa semula perbelanjaan selain makan dan pengangkutan. Sebagai contoh bil telefon. Jika menggunakan pelan yang mahal mungkin anda boleh tukar kepada pelan yang lebih mesra ekonomi bagi jimat duit perbelanjaan pada talian yang sebenarnya anda tak pakai sepenuhnya pun.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 + 5 =