Cara-Cara Buat Sambal Tumbuk Berapi Untuk Peminat Makanan Pedas

Cara-Cara Buat Sambal Tumbuk Berapi Untuk Peminat Makanan Pedas | Bagi peminat masakan pedas, sambal pastinya salah satu stok wajib ada di dapur masing-masing. Tak perlu lauk yang mewah dan bermacam jenis untuk menaikkan selera.

Kadang kala apabila makan diluar selera sambal tidak kena dengan tekak kita, ada tu terlalu pedas dan masin. Memang tak ngam lah kalau yang jenis tak suka sambal masin sangat. Jadi lebih mudah jika kita pandai buat sendiri sambal tu dirumah.

Andai ada sambal, cukuplah sekadar menambah telur goreng atau ikan goreng bersama hidangan sayur. Jom cuba resipi Sambal Tumbuk Berapi ni. Memang padu!

SAMBAL TUMBUK BERAPI

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan bilis
  • Udang kering
  • Cili api
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Asam keping
  • Gula secukup rasa

sambal tumbuk berapi

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Jangan tumbuk terlalu halus.

sambal tumbuk berapi

2. Masukkan ikan bilis dan udang kering. Pecah-pecahkan.

Sambal Tumbuk Berapi

3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga betul-betul garing.

Sambal Tumbuk Berapi

4. Tambahkan garam secukup rasa dan juga 1 sudu gula. Sederhanakan api dan masak sambal hingga betul-betul kering.

Sambal Tumbuk Berapi

5. Angkat dan tapis minyaknya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas.

Sambal Tumbuk Berapi

Sambal Tumbuk Berapi

6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Sambal Tumbuk Berapi

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 − fourteen =