Chef Ini Ajar Resipi Buat Sup Shark Fin, Masakan Cina Halal Yang Susah Nak Jumpa - Petua Ibu

Chef Ini Ajar Resipi Buat Sup Shark Fin, Masakan Cina Halal Yang Susah Nak Jumpa

Sup shark fin ni selalu kita dapat makan di restoran-restoran cina Muslim atau ketika menikmati hidangan chinese food di hotel.

Sup shark fin ni selalu kita dapat makan di restoran-restoran cina Muslim atau ketika menikmati hidangan chinese food di hotel. Memang istimewa dan sedap rasanya.

Ingatkan susah sangatlah nak buat sup ni. Rupanya senang saja. Bahan-bahan nak membuatnya pun boleh didapati di pasaraya besar dengan mudah.

Chef Hassan Hen Bin Abdullah berkongsi cara memasak sup shark fin dalam perkongsian video. Kami catatkan dan jika mak-mak masih kurang jelas, boleh tengok video dari chef ini ya.sup shark fin

Klik Sini Untuk Lihat Video Cara Memasak

Bahan-bahan Sup Shark Fin

  • Sebiji telur (tak guna semua)
  • Sedikit chicken stok (serbuk)
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur masin (ambil kuningnya – guna sedikit saja)
  • Tepung jagung (bancuhkan dengan air)
  • Ayam dicincang
  • Cendawan black fungus – hiris nipis panjang
  • Ham – hiris nipis panjang (jenama Lof Daging Ayamas)
  • Jejari ketam (hiris nipis panjang)
  • Cendawan putih – hiris nipis memanjang
  • Cendawan hitam – hiris nipis memanjang
  • Tulang ayam – jumlahnya ikut citarasa
  • Shark fin – boleh beli di pasaraya
  • Homemade Chicken Stock jenama maggi
  • Sos ikan sotong jenama Puteri (ini ada tanda halal)

Cara Membuat Sup Shark Fin

  1. Rebus tulang dan ayam yang dicincang dalam air panas. Ini nak bagi buang bau dan hanyir ayam. Toskan.
  2. Masukkan 1 1/2 mangkuk air dalam kuali. Masukkan tulang ayam jadikan sup. Ketepikan tulang.
  3. Masukkan cendawan-cendawan, jejari ketam, ayam yang dicincang tadi sampai betul-betul mendidih.
  4. Masukkan 1 1/2 sudu homemade chicken stock dan 2 sudu sos ikan sotong.
  5. Masukkan setengah sudu chicken stock (serbuk) dan sedikit garam.
  6. Biarkan mendidih betul-betul baru masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau agar ia tak berketul. Tuang sampai pekat.
  7. Kalau nak beri warna boleh tambahkan sedikit kicap pekat.
  8. Kacau sebatu masukkan sedikit shark fin. Kuah akan memekat.
  9. Kacau telur tadi dan tuangkan sedikit dalam kuah yang pekat itu. Siap.
Chef guna shark fin jenis ini. Boleh dibeli di pasaraya besar contoh aeon big.

Cara Nak Hias Sup Shark Fin Dan Telur Masin

Angkatlah sup shark fin masukkan dalam mangkuk. Letak sedikit shark fin dekat tengah dan taburkan sedikit telur masin atasnya.

Sesetengah orang Cina, mereka akan gunakan telur ketam. Memandangkan kosnya yang mahal, chef gantikan dengan telur masin.

Sumber/Foto/Video : Hassanhen Bin Abdullah

You might also like
4 Comments
  1. […] menu bihun sup tulang ini senang saja untuk disediakan dan anda boleh menikmatinya bersama keluarga tercinta di […]

  2. […] yang baru nak cuba boleh lah sediakan bubur candil untuk seisi keluarga petang ini. Caranya yang ringkas, mudah tetapi menyelerakan. Resipi ini […]

  3. […] perkongsian ini bermanfaat terutamanya bagi mak-mak yang nak mencuba kelaianan, dengan masakan cina. Pastinya lebih sihat, sedap dan penuh beraroma. Selamat […]

  4. […] Sup Telur Chinese Style, Guna 6 Bahan Simple & Sangat Menyelerakan | Memang tidak dapat dinafikan, sepanjang tempoh […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.