Nak Hilangkan Hanyir Ikan Haruan, Mak-Mak Boleh Cuba 7 Cara Mudah Ni

Kalau ikan berbau hanyir memang kurang selera makan.

Siapa yang tak kenal ikan haruan maka ia belum layak bergelar pemancing. Namun, ikan dengan rasa yang enak dan lembut ini sayangnya memiliki bau hanyir yang cukup menyengat jika tidak diolah dengan betul.

Ikan ini sangat sinonim dengan menu berpantang tidak kira pantang orang selepas bersalin atau selepas mengalami sebarang pembedahan. Ini kerana khasiat haruan dalam menyembuhkan luka dalaman. Namun tidak semua mampu menelan ikan haruan ni kerana bau hanyirnya tu.

Berikut merupakan panduan menghilangkan bau hanyir ikan haruan yang boleh mak-mak cuba bagi memastikan hidangan tidak terganggu dengan bau hanyir ikan ni.

7 Cara Hilangkan Hanyir Ikan Haruan

Susu

Dari dulu hingga sekarang Susu dari dulu sampai sekarang digunakan manusia yang dapat diolah menjadi pelbagai jenis makanan atau minuman yang sangat lazat.

Teryata susu juga dapat menghilangkan bau hanyir pada ikan air tawar khususnya ikan haruan.

Cara penggunaan susu untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan haruan adalah dengan merendam ketulan ikan haruan yang akan dimasak ke dalam larutan susu segar atau susu UHT.

Untuk mendapatkan hasil yang optimal, rendam ikan haruan sekitar 10 menit atau sampai bau hanyir pada ikan haruan mulai pudar.

Air cucian beras

Jika ingin bahan yang murah serta mudah didapati maka air cucian beras adalah solusi yang sangat tepat. Air cucian beras yang pertama, air ini berwarna putih mirip larutan tepung.

Cara menghilangkan bau hanyir pada ikan haruan dengan menggunakan air cucian beras sama kaedahnya dengan susu. Rendam ikan haruan dalam air beras sekitar 15 minit, namun jika bau hanyirnya yang masih terasa maka anda perlu merendamnya lebih lama lagi.

Daun dan buah limau nipis

Anda boleh gunakan beberapa biji limau nipis dengan membelahnya menjadi dua kemudian perahlah limau nipis tadi ke atas beberapa ikan yang akan dimasak.

Sapukan perahan limau nipis dengan sekata agar bau hanyir ikan menghilang. Tunggu beberapa minit dan cuci ikan agar hilang perahan limau nipis hilang. Setelah itu gosok badan ikan dengan daun limau nipis.

Daun limau nipis memiliki aroma yang wangi menyegarkan, wangi ini dapat kita gunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan.

hanyir haruan

Cuka makan

Bahan selanjutnya yang wajib anda cuba adalah cuka makan. Cara penggunaan cuka sebagai penghilang bau hanyir cukup mudah.

Hal yang harus dipersiapkan terlebih dahulu adalah siapkan ikan air tawar berupa ikan haruan yang sudah dibersihkan. Letak ikan ke dalam ekas dan kemudian titiskan cuka dengan sekata pada seluruh bahagian ikan agar bau hanyir dapat segera hilang.

Tunggu beberapa minit dan cuci ikan untuk membersihkan cuka yang masih melekat.

Air asam Jawa

Banyak khasiat dan manfaat asam Jawa yang patut kita banggakan, salah satunya adalah dapat menghilangkan bau hanyir pada ikan.

Caranya sangat mudah dan praktikal, kita hanya perlu larutkan beberapa butir asam Jawa ke dalam air kemudian air larutan tadi kita gunakan untuk merendam ikan yang akan kita hilangkan bau hanyirnya.

Halia

Halia juga boleh kita gunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan air tawar mahupun ikan air masin.

Selain murah halia juga mudah didapati, penggunaan halia untuk menghilangkan bau hanyir adalah dengan menghaluskan beberapa ketul halia dengan menggunakan blender atau menggunakan lesung batu.

Setelah halus sapukan secara sekata pada bahagian ikan sampai perut bahagian dalamnya. Tunggu beberapa minit dan ikan siap dimasak.

Kunyit

Cara menggunakan kunyit sebagai penghilang bau hanyir cukup mudah dan efisien. Caranya haluskan terlebih dahulu kemudian oleskan dan taburkan secara merata. Tunggu beberapa minit dan ikan siap diolah menjadi hidangan yang lazat dan untuk dinikmati.

hanyir haruan

Kami harap dengan perkongsian 7 cara hilangkan hanyir ikan haruan ni maka mudahlah buat para isteri memasak bila suami teringin nak makan ikan ni kan. Kalau tak mahu pening kalau tak kena caranya. Sila kongsikan artikel ni dengan rakan yang lain supaya kami dapat menghasilkan artikel yang bermanfaat lagi di masa akan datang.

You might also like
1 Comment
  1. […] Menerusi perkongsian saudari Aniey Rohani Abu Iban, beliau mengajar cara-cara penghasilan Pekasam Ikan Gelama yang sangat mudah. Jom […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.