Resipi Bihun Sup Tulang Cabai Merah Padu Bak Hang, Confirm Tak Cukup Semangkuk!

Bihun Sup Tulang Cabai Merah, Buat Sendiri Puas Makan!

Resipi Bihun Sup Tulang Cabai Merah Padu Bak Hang, Confirm Tak Cukup Semangkuk! | Jika anda ke negeri di bahagian utara seperti Perlis atau Kedah, pastikan anda jangan lepas peluang untuk menikmati keenakan Bihun Sup Utara. Menu ini menjadi kegemaran rata-rata penduduk di Kedah mahupun Perlis ketika dalam cuaca sejuk dan di waktu malam.

Sebenarnya, menu bihun sup tulang ini senang saja untuk disediakan dan anda boleh menikmatinya bersama keluarga tercinta di rumah sahaja.

Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

sup utara

Bahan bahan
Anda perlu sediakan 1 peket bihun dan 1 sudu kunyit. Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit. Kemudian basuh dan tapis.

Bahan-bahan sup tulang

bahan sup tulang

1 kilo tulang di campur sedikit daging, 2 batang serai ketuk. Kemudian halia lebih kurang 2 inci diketuk bersama 4 ulas bawang putih ditumbuk, 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk dan 1 batang kulit kayu manis.

Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar. Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar. Masukkan 3 bunga lawang, 4 biji buah pelaga, dimasukkan sedikit batang daun sup dan air secukupnya.

Masukkan semua bahan bahan didalam periuk. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka. Lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Kalau taknak buat pon tak apa.

Bahan-bahan cabai merah

bahan cabai merah

Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar. Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk. Asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam, gula. Tumis bawang kemudian masukkan cili. Masak sampai pecah minyak. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka. Garam dan gula. Boleh juga masukkan sesikit sos cili jika tak nak masukkan gula.

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun adalah daun bawang, daun sup, lobak masin dan bawang goreng.

Sumber: Resepiku Hanya Untukmu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × three =