Home All Petua Kecantikan Diri Campuran Minyak Kelapa Dara Dengan Aloe Vera, Boleh Jadikan Rambut Lebat Kulit...

Campuran Minyak Kelapa Dara Dengan Aloe Vera, Boleh Jadikan Rambut Lebat Kulit Lembut!

489
0
Campuran Minyak Kelapa Dara Dengan Aloe Vera, Boleh Jadikan Rambut Lebat Kulit Lembut!

Campuran Minyak Kelapa Dara Dengan Aloe Vera, Boleh Jadikan Rambut Lebat Kulit Lembut! | Jika dekat rumah tu ada tanam pokok Aloe Vera, mak-mak boleh tambahkan dengan sedikit Minyak Kelapa Dara (VCO).

Campuran kedua-dua bahan semulajadi ini sangatlah baik disapu pada seluruh badan, dari hujung rambut hinggalah hujung kaki.

Ia mampu melebatkan rambut, melembapkan dan melembutkan kulit serta macam-macam lagi. Malah boleh buat sendiri je minyak ni, jimat kos bebas bahan kimia.

Baca perkongsian kelebihan Minyak Kelapa Dara dengan Aloe Vera yang diamalkan oleh Puan Nur Aida Md Zainuddin ini.

Minyak Kelapa Dara dengan Aloe Vera

Tiba-tiba jadi rajin bila tengok pokok Aloe Vera penuh banyak. Buat minyak Virgin Coconut Oil (VCO) + Aloe Vera. Yang bestnyaa memang sangat besttt rupanya hasil dia.

Kegunaan:

1. Pelebat Rambut

Sebagai pelebat dan cantikkan serta buat rambut lebih bermaya dan lembut.

2. Pelembap Kulit

Boleh buat pelembap kulit. Memang berkesan! Pakai ditumit, siku, lutut.
Tapi aida pakai semua.

3. Elak Rekahan Perut

Sekarang mengandung aida sapu pada perut untuk elak stretch mark,
rekahan pada perut.

4. Fungsi Seluruh Badan

Seluruh badan actually boleh guna saaaangat besttt!!

5. Sebagai Minyak Urut

Minyak urut pun best sebab hasilnya kulit jadi lembut je. Ada aloe vera tu. Mmg besttt!!

Cara Membuat:

Minyak Kelapa Dara dengan Aloe Vera Minyak Kelapa Dara dengan Aloe Vera Minyak Kelapa Dara dengan Aloe Vera Minyak Kelapa Dara dengan Aloe Vera

Gambar last tu bila dah masak minyak ni kena tapis. Yang tapis serdak dia
tu aida bubuh pada rambut suami sebab rambut dia jenis GUGUR sekarang!!

Tapii serdak ni Aida tak galakkan untuk rambut perempuan yang panjangg nanti susah nak buang serdak-serdak tu. SO TAK PAYAH PAKAI pada rambut kita ye.

Tips lain: Tak perlu juga kupas kulit macam aida buat. Cukup buang kuning dia yang gatal tu dan potong buang duri tepi-tepi. Lepas tu hiris nipis-nipis. Masak guna VCO lepas tu tapis. Cara ni lagi senang sebab kita tak perlu mesin/guna chopper nak hancurkan dan masa lebih jimat. Dan lagi senang nak tapis nanti.

Jadi selamat mencubaaaa campuran hebat Minyak Kelapa Dara dengan Aloe Vera ni!.

BACA JUGA :: Kiub Ais Aloe Vera Bantu Kecutkan Jerawat Lebih Cepat , Kongsikan Tip Ni

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here