Cara Tanam Sendiri Asparagus Di Rumah, Tuaian Pertama Seawal 10 Bulan

Cara Tanam Sendiri Asparagus Di Rumah, Tuaian Pertama Seawal 10 Bulan | Tanam sendiri asparagus di rumah. Tuaian pertama boleh diperoleh seawal 10 hingga 12 bulan. Kita boleh jimat wang untuk beli asparagus selepas ini.

Kerja penanaman dan penjagaan sayuran ini agak cerewet tetapi pokoknya mampu bertahan lama jika dijaga dengan sebaik mungkin.

Boleh Cuba Cara Tanam Sendiri Asparagus Yang Dikongsi Oleh Euis Maemunah Di Dalam Grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

“Ada beberapa orang yang tanya saya cara tanam sendiri asparagus dan jaga asparagus. Di sini saya kongsikan caranya. Asparagus boleh ditaman melalui biji benih atau beli ‘crown’ atau pun pokok.

“Di bawah saya kongsikan cara tanam dari biji benih. Dan sesiapa yang beli ‘crown’ atau pokok boleh ikut dari step / langkah ke 5 dan seterusnya.”

Cara Semai Atau Tanam Sendiri Asparagus

Langkah 1

Rendam biji asparagus dengan air bawang merah. Bawang merah kecil lagi bagus. Tujuannya sebagai perangsang pertumbuhan. Hiris 1 biji bawang merah kecil, tambahkan air 3-5 sudu besar air atau sehingga biji benih terendam dan biarkan semalaman.

Langkah 2

Sediakan tray dan media semai, masa tu saya guna peatmoss. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Bungkus dengan plastik hitam, letak ditempat gelap selama 2 hari. Lepas dua hari, buka plastik, dan letakkan ditempat teduh.

Langkah 3

Jangka masa tumbuh, bergantung pada lama mana biji benih disimpan. Semakin lama disimpan, semakin lambat akan tumbuh. Sebaiknya guna biji benih yang fresh,sebab lebih mudah tumbuh. Biji benih asparagus akan mula bercambah seawal 2-4 minggu. Ya, asparagus memang lambat bercambah. Harap bersabar dan jangan buang dulu bila 3 minggu belum bercambah.

Langkah 4

Setelah tumbuh 3-4 batang, pindahkan dalam pasu kecil. Media tanam boleh guna tanah campuran biasa beli dekat nursery. Guna baja tinja ayam.Pacakkan sebatang kayu, untuk tiang. Ikat pokok asparagus, sebab asparagus sangat lembut. Mudah rebah bila terkena angin dan hujan.

(Langkah Ke 5 ini khas buat mereka yang tanam dari crown atau pokok)

Langkah 5

Setelah 3-4 bulan, pindahkan lagi pada pasu agak besar. Kalau ada tanah luas, boleh tanam atas tanah terus. Jarakkan ±1 meter setiap pokok.Tanam Sendiri Asparagus

Langkah 6

Setelah tanam atas tanah, kena pastikan bersih dari rumpai dan baja sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali. Buang pokok yang dah tua.

Tanam Sendiri Asparagus

Langkah 7

Pastikan batas tinggi untuk mengelakkan akar terendam,juga pastikan kena panas matahari sekurang-kurangnya 6 jam. Pokok saya kena panas matahari sepanjang hari.

Tanam Sendiri Asparagus

Langkah 8

Bila penjagaan cantik, Insya Allah seawal 10-12 bulan boleh tuai, walau spear tak berapa besar. Kita yang tanam dia, besar mana pun boleh ambil untuk dimakan.

Langkah 9

Asparagus dikatakan pokok matang setelah berumur 2 tahun. Masa ini, spears cukup besar.

Langkah 10

Asparagus ada pokok jantan dan betina. Pokok jantan, spears akan lebih besar tetapi sedikit setiap perdu berbanding pokok betina. Pokok betina pula, akan berbunga dan mengeluarkan biji benih. Spears keluar lebih banyak, tetapi saiz lebih kecil dari pokok jantan.

(Ikut pengamatan saya pada pokok yang saya tanam.)

Cara Penjagaan Asparagus

Cara penjagaan asparagus agar senantiasa mengeluarkan rebung /tombak/spears teramatlah mudah.

1. Rutin pembajaan.

Seminggu sekali atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Pilihan saya, seminggu sekali menggunakan baja tahi ayam/baja kopi/npk16:16:16. Lepas bubuh baja, siram pokok. Boleh guna berselang seli. Jangan pula bubuh banyak jenis baja pada satu-satu masa.

2. Pembersihan kawasan.

Buang pokok yang dah tua, sebab membazir makanan pada pokok tua. Caranya, tinggalkan rebung muda 2-3 batang dan buang semua pokok yang tua. Pokok muda ni berguna sekurang-kurangnya 6-8 minggu lagi baru boleh potong buang. Sebab dah tua kan.

Dalam tempoh itu, bolehlah tuai rebung yang baru keluar. Kemudian bersihkan sekitar perdu pokok dari segala rumput. Agar makanan asparagus tidak dicuri rumput rumpai. Untuk memgatasi masalah rumput ni, boleh gunakan kaedah sungkupan/mulching. (Ilmu ni baru saya dapat dan baru nak cuba untuk pokok asparagus saya.)

Tips nak bagi asparagus keluar rebung setiap hari :

  1. Baja seminggu sekali.
  2. Buang rumput sekeliling perdu.

“Dikatakan jangka hayat pokok asparagus boleh sampai 30 tahun. Berbaloi sekali tanam sendiri asparagus, 30 tahun boleh tuai. Lagipun harga pasaran asparagus agak sedikit mahal berbanding sayuran lain. Tanam banyak-banyak satu baris, boleh jadi landscape yang cantik. Kalau tak tanam sekarang, bila lagi ? Jom tanam asparagus.”

“Sesiapa yang ada tanam sendiri asparagus, tapi tanam tak banyak, cara penyimpanan asparagus amatlah mudah.

“Setelah kerat, masukan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan hingga 2 minggu. Tak kecut. Bila dah cukup banyak, bolehlah dimasak.”

BACA JUGA :: Untung Tanam Sayur Pak Choy, Pokok Yang Sama Boleh Tuai Sampai 6 Kali Ikut Cara Ni!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 + eight =