Pemilihan Bengkung Atau Korset Terbaik

Penggunaan Bengkung

Amalan memakai bengkung ketika berpantang merupakan amalan tradisi yang masih diamalkan sehingga kini. Ianya bertujuan untuk membantu dalam memulihkan para ibu ketika berpantang, selain membantu mengembalikan bentuk badan.

 

Namun, dikatakan ramai ibu muda yang kurang gemar dan sering mengelak memakai bengkung atas alasan tidak selesa. Pastinya mereka yang tidak mahu mengamalkan pemakaian bengkung ketika berpantang, sebenarnya tidak tahu tentang kebaikan dan manfaat ‘pelukan dan dakapan’ sehelai kain yang dipanggil bengkung.

 

Bengkung Tradisi

Bengkung tradisi yang sering digunakan sejak dulu lagi diperbuat daripada kain belacu kerana material kain yang sejuk, lembut, lebih kemas dan mudah untuk diikat serta tak mudah longgar.

 

 

Ia mula dipakai selepas hari kelima bersalin dan untuk hasil yang lebih baik, penggunaan tapel basah bersama bengkung adalah digalakkan.

 

Tapel basah ialah campuran bahan seperti halia bara, air asam jawa, jadam, jeragau yang dimasak sampai likat dan sapu pada perut kemudian dilitupi dengan sehelai kain pada perut sebelum bengkung dipakaikan. Ini bagi mengelakkan bengkung menjadi kotor.

 

Fungsi lain memakai bengkung selepas melahirkan ialah ia membantu mengurangkan rasa penat atau lenguh ketika menyusukan anak. Ia juga membantu menjaga posturbadan bagi mengurangkan rasa lenguh sekaligus mengelakkan belakang badan menjadi bongkok.

 

 

Bagi mereka yang sering mengalami rasa sakit pinggang atau lenguh pinggul juga disarankan untuk mengamalkan pemakaian bengkung kerana ia membantu ‘memperkemaskan atau mengecutkan’ semula otot yang ‘kembang’ kesan dari bersalin.

 

Perut kembung atau ‘mudah masuk angin’ merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para ibu. Keadaan perut kelihatan menggeleber atau buncit juga merupakan perkara yang dialami oleh kebanyakan wanita.

 

Pemakaian bengkung untuk tujuan menghilangkan perut buncit dan menggeleber merupakan tujuan asal kebanyakan wanita. Manakala, menyapu ‘minyak angin’ sebelum memakai bengkung dapat membantu mengurangkan masalah kembung perut dan memberi keselesaan.

 

 

Jenis bengkung yang sering dipakai sewaktu berpantang. Antaranya ialah:

  1. Bengkung Tali Tiga
  2. Bengkung Tali Dua ZigZag
  3. Bengkung Jawa Lilit
  4. Bengkung Jawa Simpul

 

Anda mungkin meminati artikel jenis bengkung & korset moden ini

 

Pemakaian bengkung Jawa Lilit dan Jawa Simpul adalah secara berdiri kerana lilitan tali dan kainnya yang panjang dan memerlukan lilitan yang banyak. Manakala bengkung Tali Tiga dan Tali Dua ZigZag boleh dipakaikan dalam keadaan berbaring. Namun, fungsi serta tujuannya tetap sama.

 

 

Ibu caesar

Bagaimana pula dengan ibu yang menjalani pembedahan sewaktu proses bersalin atau juga dikenali sebagai CaesareanSection (C-Sect)? Adakah mereka dibolehkan untuk memakai bengkung?

 

Ya, boleh. Tetapi tentunya proses serta jenis bengkung tak sama dengan ibu yang bersalin secara normal.

  • Hanya bengkung jenis ‘tampal’ atau jenis berpelekat ‘velcro’ yang sesuai bagi mereka yang menjalani ‘C-Sect’. Ini kerana ianya mudah untuk dilaraskan untuk mengurangkan risiko luka pada bahagian pembedahan. Dapatkan nasihat doktor dari segi jenama, material dan juga cara pemakaian yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan kuman pada ‘bekas pembedahan’. Jangan beli sembarangan pula.
  • Pemakaian bengkung hanya boleh dilakukan selepas 14 hari bersalin.

 

Dalam kita ingin menjaga dan mengembalikan bentuk badan asal dengan mengamalkan pemakaian bengkung, perlu juga kita ambil tahu beberapa kondisi yang menyebabkan kita tidak sesuai dan tidak digalakkan memakai bengkung kerana ia boleh mengganggu kesihatan.

  • Mereka yang mempunyai masalah gastrik dan pedih ulu hati.
  • Buasir seringkali terjadi sewaktu mengandung. Dan sekiranya anda mempunyai masalah buasir, penggunaan bengkung boleh menyebabkan stres.
  • Mereka yang mempunyai asma juga tidak disarankan untuk memakai bengkung ketika berpantang kerana boleh mengakibat kan kesukaran untuk bernafas.
  • Serta mereka yang ada masalah apendiks

 

Diantara Korset Terbaik

 

korset

 

Walaupun manusia sudah melalui perubahan zaman namun fungsi bengkung masih sama dan tidak berubah tugasnya. Ia banyak dikenali sebagai korset.

 

Korset di datangi dalam rupa bentuk yang simple, fabrik yang elastik tahan lama, menggantikan penggunaan tali kain yang mungkin penggunaannya agak leceh dan menyeksakan bagi sesetengah daripada kita.

 

Bengkung yang tebal dan penuh dengan ikatan agak menyukarkan si ibu untak berada pada posisi rehat yang selesa. Selalunya agak kekok untuk berada di posisi tertentu untuk sesuatu tempoh yang lama.

 

Ya, hendak pakai dan tanggalkan bengkung pun perlu pembantu. Apatah lagi jika nak ke tandas. Ramai telah melalui kesukaran proses tersebut. Mahu tidak mahu, wajib laluinya demi menjaga tubuh badan yang disayangi kembali seperti normal.

 

Situasi sukar ini tidak perlu lagi dilalui dengan penggunaan korset yang mudah dipakai selang beberapa saat sahaja. Sekiranya mahu ke tandas pun mudah dengan adanya cangkuk bukaan bawah. Buka cangkuk dan lepaskan hajat anda. Setelah selesai berhajat, cangkuk sahaja bukaan korset tersebut. Semudah itu.

 

Jenis fabrik tertentu yang digunakan untuk penghasilkan korset mampu membuat si pemakai tidak merasa kegatalan walaupun berpeluh lenjun. Bahkan aliran udara di antara ruang baju dan bengkung akan membuatkan kulit si pemakai berasa lebih dingin dari biasa.

 

Penggunaan korset tidak terbatas ketika selepas bersalin sahaja, bahkan ketika sedang bersenam.

 

korset 2

 

Akhir kata, penggunaan korset sangat membantu untuk mengembalikan keyakinan kepada para ibu yang baru melahirkan dan sedang berpantang, bahawa mereka mampu kurus dan ramping kembali.

 

Ianya merupakan amalan konsep tradisional yang mendapat sentuhan moden dan tidak langsung mengubah sifat penggunaan asalnya. Bukan sahaja menjadi amalan kaum ibu berbangsa melayu, malah turut diamalkan oleh para ibu berbangsa cina, india dan lain-lain.

 

Bagi memudahkan urusan pada ibu yang sedang berpantang, pemakaian yang betul memberikan keselesaan kepada ibu ketika menyusukan anak dan berehat. Lihat antara korset terbaik disini

 

 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eight − five =