Cara Mohon Pengeluaran Duit KWSP Bayar Kos Proses Beli Rumah, Elak Kena ‘Reject’!

Cara Mohon Pengeluaran Duit KWSP Bayar Kos Proses Beli Rumah, Elak Kena ‘Reject’! | Ramai di antara kita berhajat memiliki rumah idaman. Namun kekangan kewangan menyebabkan ramai menyimpan hasrat terutama bagi membayar kos guaman dan sebagainya.

Akan tetapi sebenarnya jika kita membuat caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda boleh membuat pengeluaran untuk membiayai kos proses ketika membeli rumah berkenaan.

Ada cara paling mudah dikongsi oleh lelaki ini dalam membuat pengeluaran wang di KWSP.

Paling penting pastikan anda telah membeli rumah terlebih dahulu dan pinjaman juga sudah diluluskan oleh pihak bank.

Pastikan anda mempunyai semua dokumen lengkap dan telah disahkan oleh peguam yang dilantik.

Proses Mudah Mohon Pengeluaran KWSP

Dokumen perlu ada:

1. Salinan kad pengenalan depan belakang

Pengeluaran Duit KWSP

2. Salinan geran rumah

Pengeluaran Duit KWSP

3. Borang gadaian jual beli rumah

4. Surat tawaran pinjaman rumah

5. Agreement jual beli rumah

Gambar sekadar hiasan.

6. Buku bank atau pengesahan akaun bank

7. Sijil kahwin – lain-lain dokumen
Tambahan untuk mereka yang sudah berkahwin sila buat salinan sijil kahwin kalau mahu mohon untuk 2 orang. Yang penting kedua-dua nama ada dalam agreement jual beli.

Cara Mohon:

1. Sebelum pergi ke pejabat KWSP, kena patuhi SOP ditşetapkan dengen membuat temujanji terlebih dahulu. Terus saja pergi website KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/www.kwsp.gov.my atau boleh call terus ke KWSP 03-8922 6000.

2. Kemudian boleh pergi ke KWSP dan mohon pengeluaran duit KWSP anda. Perlu diingat, permohonan boleh ditolak sekiranya dokumen tidak cukup atau dalam agreement ada tempat yang tidak lengkap diisi.

3. Kalau pemohonan pengeluaran duit KWSP itu kena tolak, boleh terus buat pertanyaan pada KWSP, apa bahagian tidak lengkap. Kemudian betulkan semula pada peguam dilantik.

4. Jika permohonan pengeluaran duit KWSP diluluskan, biasanya pihak KWSP akan beritahu duit itu akan masuk dalam masa 21 hari bekerja tapi 7 hari bekerja. Bolehlah terus periksa dalam akaun masing-masing.

5. Ingat jangán sesekali enjoy dengan duit pengeluaran yang diperoleh, selesaikan dulu kos peguam dan lain-lain kos dalam urusan pembelian rumah.

BACA JUGA :: Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Tak Perlu Tunggu Pencen

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

7 − one =