Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik, Hanya Letak Daun Kering!

Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik, Hanya Letak Daun Kering! | Berbudi pada tanah sememangnya tiada ruginya.Apatah lagi bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri.Berkebun juga kan satu senaman untuk keluarkan peluh. Badan pun boleh bertambah sihat.

Saya dapati penanaman limau merupakan antara projek pertanian yang agak mudah diuruskan berbanding dengan sayur-sayuran seperti sawi, bayam, terung dan sebagainya. Pokok-pokok limau tidak memerlukan penjagaan yang begitu rumit. Apa yang penting kita perlu menumpukan sedikit perhatian semasa proses penanaman di peringkat awal.
Mengapa limau kasturi
  1. Ia mengeluarkan buah pada tahun ke dua ( pada peringkat ini buahnya sedikit. Cuma dalam masa 4 tahun ia berbuah banyak.
  2. Pokok limau kasturi boleh bertahan selama 12 tahun.
  3. Kos penjagaannya adalah tidak tinggi berbanding dengan tanaman lain.
  4. Hasil hiliran limau kasturi boleh dipelbagaikan seperti jus limau, pekasam, jeruk, herba, spa, wangian dan sebagainya.
  5. Jika anda menjualkannya secara sendiri dan tidak melalui orang tengah hasilnya amat menggalakkan sekali.

Namun begitu, bukan semua hasil semaian berkebun membuahkan hasil yang diharapkan ada yang langsung tidak berputik mahupun berbunga meski pelbagai cara telah digunakan.

CARA MUDAH MENGALAKKAN POKOK LIMAU TUMBUH PUTIK

Melalui perkongsian Aisyah Othaman dari #abuNummuulfahminikebun, beliau berkongsi petua yang cukup mudah untuk dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun.Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.

Pokok limau dari #abuNummuulfahminikebun sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam…Alhamdulillah..

Sepanjang setahun lebih ni ade sekali letak baja masa awal-awal ditanam…selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni,baru teringat 1 petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izinNya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”

22 Februari 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.

15 Mac 2017-Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.

Caranya:

Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.

Selamat Mencuba!

You might also like
2 Comments
  1. […] BACA JUGA: Hanya Letak Daun Kering, Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik! […]

  2. […] BACA JUGA: Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik, Hanya Letak Daun Kering! […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.