Minyak Halba Homemade, Modal Cuma RM10 Boleh Rawat Dan Cantikkan 9 Bahagian Badan

Sebenarnya ada banyak lagi kegunaan halba. Salah satunya, jadikan minyak halba homemade. Halba untuk tujuan kecantikan ini biasanya mak-mak akan rebus dan minum airnya. Tapi tak salahpun sekali sekala kita pelbagaikan kegunaan halba ni dengan menjadikannya lebih bermanfaat dan mudah untuk digunakan.

Puan Sarifa Redzuan, Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang (Jangka Pendek) maklumkan, halba ini bukan saja bagus untuk masalah dalaman.

Namun, halba yang dimasak dengan minyak zaitun boleh cantikkan mak-mak secara semula jadi.”minyak halba homemade, kebaikan minyak halba, manfaat minyak halba, cara buat minyak halba, kegunaan minya halba

Bahan & Cara Membuat Minyak Halba Homemade

50 GRAM halba (di kisar lagi bagus)
100ML minyak zaitun

1. Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit.

2. Kacau lawan jam sambil niat baik baik. Biarkan sejuk.

3. Perap masuk dalam botol semalaman. Lagi lama perap lagi bagus.

4. Kemudian tapis ambil minyaknya. Simpan dalam botol pump supaya mudah nak pump minyak tu. Simpan suhu bilik boleh tahan 5 bulan.

NOTA :

Hampas tu jangan di buang. Boleh buat scrub muka atau badan. Campur dengan yogurt. Kan tak membazir namanya.

Halba tu kalau nak buat serbuk, panggang halba sampai kering baru kisar.

7 Kegunaan Minyak Halba Homemade

MUKA

Sapu di muka sambil urut muka untuk kulit lembap dan mampu mengecutkan jerawat. Selain itu parut parut pun pudar. Baik untuk kulit sensitif. Lepas urut tu tak perlu cuci. Urut muka sebelum tidur. Lepas urut terus tidur. Esok pagi jer bangun cuci muka tu.

2. Boleh campur dalam sedikit yogurt untuk di jadikan masker muka. Biar la dalam 20 minit. Lepas tu cuci dengan air biasa.

3. Selalu sapu dan urut wajah dengan minyak ini, kulit semakin tegang dan garis halus serta kedutan berkurangan. Awet muda gitew.

KEPALA

4. Sapu di seluruh kepala setiap malam sambil urut kepala mampu membantu rambut lebih sihat, lebat, tidak bercabang dan cepat panjang

Minyak halba homemade penuh dengan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, dan vitamin B12 dan B6, yang dipercayai mempunyai manfaat optimum untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.

Kulit kepala sihat dapat membantu melindungi kulit kepala yang kering, kelemumur serta gatal-gatal. Paling best rambut kurang gugur.

PAYUDARA

5. Minyak halba besarkan payudara. Ini rahsia orang lama. Selepas mandi, setiap hari ambil sedikit minyak dan urut buah dada 10 minit. Bolat elok nanti buah dada tu.

Nak lagi cepat montok boleh tambah minyak ikan (omega3 tu) bukan minyak ikan goreng ya.

BACA JUGA: Inilah Khasiat dan Manfaat Biji Halba Untuk Pesakit Diabetes

PUNGGUNG

Ramuan minyak halba homemade ini boleh juga di sapu di punggung sambil urut. Selain membantu menaikkan punggung, kulit kawasan punggong pun akan jadi warna sekata dan halus. In Sha Allah, akan dapat hasil yang menakjubkan jika di amalkan secara konsisten.

KAKI, SIKU, LUTUT, TANGAN

6. Sapu setiap hari di kawasan kulit yang kering seperti kaki, siku, lutut dan tangan untuk dapat kan kulit lembap dan halus

BELAKANG BADAN

7. Sapu di belakang badan untuk kecutkan jerawat badan.

Apa apa pun, penggunaan minyak halba homemade ini perlulah istiqamah baru dapat hasil yang best best.

minyak halba homemade, kebaikan minyak halba, manfaat minyak halba, cara buat minyak halba, kegunaan minya halba

Modal Minyak Halba Homemade

Kos bahan pun murah saja

Halba 50 GRAM RM0.50
Minyak zaitun 100ML RM9.50 (ikut brand)

Modal RM10 tapi boleh pakai untuk pelbagai. Sangat sangat berbaloi lah. Tak rugi pun cuba.

Selamat mencuba dan gunakan minyak halba homemade.

Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II

BACA JUGA: Resepi Teh Halba Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 19 =