DIY Scrub Limau Purut Untuk Kulit Kepala Sihat & Rambut Cantik

Walaupun dah berkali-kali tukar syampu untuk mendapatkan kulit kepala sihat tapi masih tidak dapat hasil yang diingini? Mungkin anda sedang melakukan sesuatu dengan cara yang salah. Mungkin juga masalah rambut kering anda berpunca dari cara mandian yang tidak betul. Jangan risau, kami akan berkongsi info terbaik tentang cara mengenali punca masalah rambut kering dan cara untuk mendapatkan kulit kepala sihat.

6 Punca Rambut Kering dan Kulit Kepala Gatal

1. CUACA

“Musim panas termasuk pendedahan berlebihan kepada matahari, berenang, dan produk yang mengandungi alkohol, semuanya boleh dehidrasi rambut,” kata Remington selebriti stylist Richard Marin.

2. RAWATAN SMOOTHING

Terlalu banyak rawatan pelicinan yang dilakukan boleh membuatkan rambut anda kehausan dan sukar untuk mendapatkan kulit kepala sihat. “Rawatan ini berfungsi dengan berkesan untuk melicinkan rambut dan menjadikannya sihat dan terurus, tetapi jika ia dilakukan terlalu kerap, penumpuan protein pada rambut akan menyebabkan ia menjadi rapuh,” kata stylist rambut Sylvia Vaught, yang juga pengasas LA- Blown Me Blow Me.

3. PERUBAHAN HORMON

“Pil kawalan kelahiran, kehamilan, dan menopaus adalah semua perubahan fisiologi dalam badan yang boleh memberi kesan buruk pada rambut, termasuk kekeringan dan kelemumur,” kata Vaught. Dia mengesyorkan melihat doktor anda membincangkan pilihan rawatan yang bersesuaian untuk mendapatkan kulit kepala sihat.

4. MENGGUNAKAN SYAMPU YANG SALAH

Tidak semua syampu dicipta sama: Vaught juga memberi amaran kepada mereka yang menggunakan syampu lelaki apabila kehabisan syampu sendiri. Anda akan lebih baik membilas rambut anda beberapa kali dengan hanya air untuk mengeluarkan sebahagian daripada minyak, dan bukannya menggunakan syampu yang tidak sesuai dengan anda yang boleh memberikan kesan sampingan yang nanti sukar untuk disembuhkan.

5. MENYIKAT/MEMBERUS RAMBUT KETIKA BASAH

“Ingatlah bahawa rambut paling mudah rosak apabila basah,” kata Vaught. Menyikat rambut yang basah akan meninggalkan hujungnya rapuh dan bercabang. Daripada memberus rambut basah, gunakan sikat dengan sedikit leave-on conditioner.

6. PENGGUNAAN PERALATAN HABA SETIAP HARI

Sama ada ia pengering atau straightener, menggunakan haba setiap hari kepada rambut akan menghilangkan kelembapan rambut dan sukar mendapatkan kulit kepala sihat. “Ini menyebabkan kerosakan yang sebenarnya boleh dielakkan,” kata Vaught. Sekiranya anda ‘wajib’ menggunakan peralatan yang berhaba pada rambut anda setiap hari, pastikan suhunya di bawah 400 darjah.

PETUA DAPATKAN KULIT KEPALA SIHAT DAN RAMBUT MENAWAN

Perkongsian Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut untuk kulit kepala sihat di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja.

Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni.

“Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.

kulit kepala bersih, petua kulit kepala bersih, petua rambut cantik, scrub limau purut, khasiat limau purut

BACA JUGA: Petua Atasi Jerawat Dengan Masker Daun Pandan

Cara Membuatnya:

  1. Basuh bersih limau purut.
  2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)
  3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.
  4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.

Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni.

Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi. Yang paling penting kulit kepala sihat dan tidak berbau kalau yang pakai tudung tu.

Kelebihan Daun Limau Purut

Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut dan mendapatkan kulit kepala sihat. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:

1. Hilang Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.

2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.

3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.

3. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda bukan sahaja kulit kepala sihat badan pun sihat.

4. Tambah Selera Makan
Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.

BACA JUGA: 15 Kelebihan Limau Purut Yang Anda Patut Ambil Tahu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 + fifteen =