Home All Pengetahuan Am Mengapa Anda Perlu Mandi Malam Sebelum Masuk Tidur?

Mengapa Anda Perlu Mandi Malam Sebelum Masuk Tidur?

12449
0
Mengapa Anda Perlu Mandi Malam Sebelum Masuk Tidur? 1

Berapa ramai yang memilih untuk mandi malam sebelum masuk tidur untuk hilangkan masalah gangguan tidur? Ini kerana masalah ini memang boleh mengganggu aturan hidup anda. Ada yang menjadi murung disiang hari kerana tidak cukup rehat dan sakit kepala.

Kesukaran untuk tidur berpunca dari aktiviti semasa di siang hari dan juga tekanan dalaman yang ramai tidak sedar. Kadang kala anda sudah terlalu penat tapi masih juga sukar tidur.

Ada mengambil langkah mudah dengan mengambil ubat tidur namun sedia maklum pengambilan ubat tidur mempunyai kesan jangka masa panjang yang tidak elok pada organ penting kita iaitu hati.

Mungkin ada yang pernah dengar petua untuk tidur lena ialah dengan mandi malam sebelum tidur. Sebuah kajian terkini menjelaskan apakah manfaat yang diperolehi daripada rutin mandi sebelum tidur yang mungkin tidak banyak dilakukan oleh ramai orang. Anggapan bahawa mandi malam dapat menyebabkan penyakit rematik turut menjadi salah satu dari alasannya.

Pastinya anda pernah dengar mitos mandi malam yang selalu disebut-sebut oleh ibu anda iaitu, “jangan suka mandi malam, nanti paru-paru masuk air!”

Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam. Terdapat juga beberapa lagi kepercayaan sedemikian seperti  jangan minum air batu atau tidur di atas lantai simen kerana  ia juga dikatakan boleh menjejas paru-paru, mereputkan tulang atau menyebabkan sakit sendi.

Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda. Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?

Mitos Mandi Malam Punca Paru-Paru Berair

Sebenarnya,tidak. Mandi malam tidak mendatangkan penyakit paru-paru berair, yang dikaitkan dengan masalah Pulmonari Edema ( PE) dan pneumonia. PE adalah masalah pengumpulan air berlebihan pada ruang antara tisu dan organ. Ini menyebabkan bahagian berkenaan kelihatan berair serta bengkak, justeru mengundang salah faham ramai yang menyangka mandi malam punca paru-paru berair.

Manakala Pneumonia atau radang paru-paru berlaku akibat jangkitan bakteria ‘streptococcus pneumoniae’ atau virus di paru-paru, yang menyebabkan keradangan berlaku. Kebanyakannya dikaitkan dengan sistem ketahanan tubuh atau imuniti yang lema. Pneumonia adalah berbeza dengan PE.

Pneumonia boleh disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit.  Pneumonia juga boleh diundang dalam penggunaan sesetengah ubat dan penyakit autoimmune seperti AIDS, ekzema, diabetes Melitus (tahap satu) dan banyak lagi. Kesannya, air akan terbentuk pada paru-paru akibat masalah kesihatan itu.

Terdapat beberapa punca penyakit radang paru-paru dan mandi malam bukan di antaranya. Puncanya adalah:

  • Usia: Orang lanjut usia biasanya lebih berisiko kerana sistem ketahanan tubuh mereka lebih lemah.
  • Pesakit kencing manis: Pesakit kencing manis lebih mudah terkena penyakit paru-paru adalah mereka gagal mengawal paras gula dalam darah mereka dengan baik.
  • Perokok: Golongan perokok sememangnya mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.
  • Kurang khasiat makanan: Kanak-kanak kecil atau orang tua yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk terdedah kepada pneumonia, kerana sistem ketahanan mereka yang lemah.

Kebaikan Mandi Malam

Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita, apatah lagi dalam cuaca hangat seperti di negara kita.Jika badan tidak dibersihkan dengan mandi terutama dalam cuaca panas, maka influenza dan penyakit yang lain lebih mudah menyerang tubuh anda.

NAMUN, MENURUT KAJIAN TERBARU YANG DILAKUKAN OLEH CENTER FOR SLEEP MEDICINE DI NEW YORK, MANDI SEBELUM TIDUR DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN TIDUR YANG NYENYAK DAN LEBIH RILEKS.

mandi malam, bahaya mandi malam, mitos mandi malam

“Mandi adalah proses mendinginkan tubuh yang kemudiannya boleh merangsang hormon oksitosin atau kebahagiaan untuk mengusir tekanan dan membuat anda mudah untuk tertidur,” ujar Dr. Dianna Augelli selaku peneliti.

Lalu bilakah sebenarnya waktu yang tepat untuk anda mandi? Dianna mengatakan berikan jarak dalam 90 minit sebelum waktu untuk anda tidur untuk mandi. Mandi pada waktu tersebut, menurutnya, dapat memberikan isyarat pada tubuh bahawa anda telah siap untuk berehat.

“Biasanya ia akan dimulai dengan rasa ngantuk setelah mandi,” tambah dia.

Mungkin beberapa saat setelah mandi malam, tubuh kelihatan lebih segar. Namun seiring dengan perjalanan waktu anda akan mengalami proses pendinginan yang bakal mendatangkan rasa ngantuk luar biasa. Dalam tahap ini anda akan mulai tertidur dengan nyenyak dan bangun dalam keadaan yang lebih segar pada keesokan harinya

Oleh itu bolehlah untuk anda mengamalkan mandi malam sebelum setiap kali anda ingin tidur agar anda lebih mudah untuk berasa ngantuk. Seterusnya membolehkan anda untuk tidur lebih lena dan bangun dengan lebih segar pada keesokannya.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here