Adakah Anda Mengalami ‘Heel Spur’? Salah 1 Tanda Bila Seksa Kaki Nak Pijak Lantai

Heel Spur mungkin ramai tidak mengetahui mengenai masalah yang berkaitan dengan sakit pada bahagian tumit ini. Biasanya ramai mengandaikan kesakitan itu berpunca kerana terlalu lama memijak lantai simen yang sejuk.

Pernah tak setiap kali bangun pagi, bila kaki terutamanya tumit memijak lantai, terasa sakit yang tak terkata. Mula-mula, rasa mungkin sakit biasa. Tetapi lama-kelamaan makin menjadi pula sakitnya.

Menurut Doktor Zubaidi Hj Ahamd, mereka yang mengalami sakit kaki di bahagian tumit itu sebenarnya sudah ada menandakan kalsium di situ yang dinamakan sebagai ‘Heel Spur’.

“Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya sudah ada mendakan kalsium di situ yang dinamakan sebagai ‘Heel Spur’. Ini yang membuatkan rasa sakit menyucuk-cucuk terutamanya bila berdiri dan berjalan,” katanya.

PUNCA ANDA MENGALAMI HEEL SPUR

Berdasarkan pengalaman netizen, heel spur ini berpunca dari pemakaian kasut atau ‘heel’ yang tidak bersesuaian dengan kaki sehingga mendatangkan mudarat pada seseorang individu itu.

Selain itu, berat badan yang tidak sesuai juga dikatakan antara faktor penyebab heel spur.

heel spur

Namun selepas mengurangkan berat badan dan memakai kasut yang bersesuaian, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan tetapi mengambil tempoh masa yang lama untuk sembuh.

heel spur

Bagi mereka yang mengalami ‘heel spur’ ini, anda disarankan mendapatkan rawatan tumit kaki di klinik kesihatan yang kemudian akan dirujukkan ke unit Fisio Terapi.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

11 − one =