Tanam Cili Padi Nak Pastikan Berbuah Lebat. Ikut Cara Mudah Ni!

Tanam Cili Padi Nak Pastikan Berbuah Lebat. Ikut Cara Mudah Ni! | Ketika kita semua duduk di rumah, tentu banyak masa dapat diberikan tumpuan pada hobi bercucuk tanam.

Andai menyemai cili burung dari awal perlaksanaan PKP, tentu kini telah hidup subur dan tidak sabar pula menunggu saat berbuah untuk dituai.

Pokok cili merupakan tanaman yang harus ada bagi setiap rumah kerana rata-rata masakan memang memerlukan cili supaya rasa lebih sedap dan pedas. Betul tak? Kalau nak beli cili ni tak boleh tahan lama kalau tak kena gaya menyimpan. Jadi kalau dapat tanam sendiri dan berbuah lebat memang untung sangat lah![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Nak pastikan berbuah lebat, elok kiranya ikut tip yang dikongsikan ini.

cili padi

Dua pokok cili tapi hasilnya memang cukup untuk kegunaan seisi keluarga. Tuaian kali ini saya akan buat jeruk. Semoga dimurahkan rezeki dan boleh makan Ramadhan nanti

Saya bagi special meal untuk pokok cili padi ni. Seminggu sekali, saya akan siram dengan air belacan.

BACA: Petua Mudah Pastikan Pokok Cili Tahan Penyakit dan Lebih Sihat

Cara penyediaan air belacan untuk pokok cili padi

  • Hancurkan belacan lebih kurang sebesar ibu jari bersama 1 liter air.
  • Hari hari biasa, saya siram dengan air basuhan beras dan air basuhan ikan.

Macam mana belacan mampu membesarkan saiz tubuh kita, macam tu la dia boleh besarkan pokok cili padi kita. Jom makan sambal belacan! Eh! tiba tiba pulak 🤭🤭

sumber : Enkay Nik Mustaffa via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nine + eighteen =