Home All Petua Tanaman Petua Mudah Pastikan Pokok Cili Anda Lebih Sihat Dan Tahan Penyakit

Petua Mudah Pastikan Pokok Cili Anda Lebih Sihat Dan Tahan Penyakit

17702
0
Petua Mudah Pastikan Pokok Cili Anda Lebih Sihat Dan Tahan Penyakit 1

Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.

Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Tanaman cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.

Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.

CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI

pokok cili, cara tanam pokok cili, cara jaga pokok cili, pokok cili tahan penyakit, pokok cili kuat, pokok cili sihat,

Bahan:

  • Belacan – 100g
  • Gula molases / gula merah – 100g
  • Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL

Cara buat:

  1. Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
  3. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
  4. Peram selama sebulan.
  5. Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Cara guna:

10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali

Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.

Sumber: Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here