Pakaian Selalu Berpintal Ketika Dibasuh? Ini Cara Baiki Pulsator Dalam Mesin Basuh

Pakaian Selalu Berpintal Ketika Dibasuh? Ini Cara Baiki Pulsator Dalam Mesin Basuh | Tugas mudah membasuh baju boleh jadi sedikit mencabar apabila pakaian berpintal di dalam mesin basuh.

Malah, tekstur kain juga berpotensi rosak disebabkan pintalan, membuatkan baju boleh menjadi semakin besar dan longgar.

Bagi mengatasi masalah pakaian selalu berpintal di dalam mesin basuh ini, mari kita ikuti perkongsian seorang juruteknik, Mohd Hairul Bin Ithnin atau turut dikenali sebagai Hairul V Cool di Youtube beliau.

Kongsinya, permasalahan tersebut berlaku apabila pulsator berputar terlebih dahulu berbanding drum mesin basuh.

Hal ini berpunca daripada masalah kotak gear mesin basuh, membuatkan kedua-dua komponen tidak dapat berputar secara serentak.

Oleh itu, kotak gear perlu ditukar agar ia dapat berfungsi semula seperti biasa.

BACA JUGA:: Cara Mudah Bersihkan Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama, Jangan Sampai Berkeladak!

Pakaian Selalu Berpintal

Jom tonton bagaimana cara menyelesaikan masalah pakaian selalu berpintal di bawah.

Sumber: Hairul Vcool

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × 3 =