Confirm ‘Bersidai’ Semua Anai-Anai Lepas Guna Semburan Campuran 2 Bahan Di Dapur Ni!

Confirm ‘Bersidai’ Semua Anai-Anai Lepas Guna Semburan Campuran 2 Bahan Di Dapur Ni! | Serangga perosak ini bersaiz kecil tetapi mampu memusnahkan pelbagai barangan rumah seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.

Untuk menghapuskannya selain menggunakan khidmat servis kawalan anai-anai, kita juga boleh melakukan dengan cara membuat sendiri bahan pembasmi.

Hanya gunakan dua campuran iaitu minyak tanah dan garam kasar, cara ini bukan saja berkesan tetapi juga menjimatkan kos.

Hasilnya operasi pembasmian anai-anai berkesan dan haiwan kecil ini tidak akan kembali lagi.

Buat Sendiri Pembasmi Anai-Anai

Bahan-bahan

  • 2 kg minyak tanah
  • 2 kg garam kasar
anai-anai
Gunakan dua bahan dapur ini.

Cara membuat:

  • Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas- guna tin thiner) dan biarkan semalaman.
    2. Keesokan harinya barulah mulakan operasi membasmi anai-anai.

Campurkan kedua bahan.
  • Info Tambahan:Elok buat sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
  • Simbah dekat anai-anai dan lebihkan dekat sarang tu. Bagi anai-anai tolong bawak masuk dalam sarang.

Haiwan kecil yang boleh musnahkan barang kesayangan anda.
  • Guna botol tebuk penutupnya dan garam lebihan itu ditaburkan. Buat dekat kayu bawah rumah yang diratahnya.
  • Untuk atas tanah mungkin kena lebih kerap, sebab untuk kawasan kayu buat 3 kali baru yakin menjadi.
Lepas sembur, terus lenyap.

Kalau sapu sebaiknya guna minyak hitam. Kalau minyak tanah meresap saja rasanya, dan yang ini akan terus sembur.

SUMBER: Cucu Atok D’pallet

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 + 16 =