Petua Mudah Dan Berkesan Halau Anai-Anai Dari Rumah Tanpa Penggunaan Bahan Kimia

Petua Mudah Dan Berkesan Halau Anai-Anai Dari Rumah Tanpa Penggunaan Bahan Kimia | Bagaimana mahu mencegah serangan anai-anai di rumah anda?

Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. Kebiasaannya anai-anai ini akan memakan kayu yang sudah lapuk. Namun, terdapat juga kes anai-anai makan kayu yang masih elok dan baik seperti yang terdapat di tiang atau bumbung rumah yang sememangnya berasaskan kayu.

Sarang anai-anai adalah di dalam tanah dan dipanggil busut kerana anai-anai sukakan tempat yang lembab, dingin dan terlindung.

Anai-anai menimbulkan masalah besar jika ia menyerang rumah anda kerana ia boleh merosakkan perabut, syiling rumah, pakaian, dokumen dan lain-lain lagi.

BACA JUGA :: Selalu Jumpa Lipan Dalam Rumah? Ini Sebab Tiada Kaitan Dengan Sihir & Cara Atasinya

halau anai-anai

Tempat kebiasaan anai-anai bersarang:

  • Kerangka pintu.
  • Kerangka tingkap.
  • Parquet atau lantai kayu.
  • Skirting kayu.
  • Siling rumah.
  • Binaan kabinet kayu.
  • Wardrobes.
  • Stor.

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

1. Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot. Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

2. Kesan Perubahan Warna “Texture Color” Pada Bahan Kayu
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai paquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

3. Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

4. Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

5. Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik”
Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik kerana bunyi tersebut adalah berpunca daripada aktiviti anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Kadangkala ia juga menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

Boleh cuba mana-mana cara berikut untuk halau anai-anai:

1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan untuk halau anai-anai, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.

4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan untuk halau anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya untuk halau anai-anai.

6. Racun
Pilihan yang terakhir yang boleh anda lakukan untuk halau anai-anai adalah beli sahaja racun anai-anai di pasaran. Namun, pastikan racun tersebut digunakan mengikut aturan.

Pastikan anai-anai dihapuskan daripada bermaharajalela di dalam rumah anda untuk menyelamatkan harta benda dan mengelakkan daripada menanggung kerugian. Selamat mencuba petua halau anai-anai ni.

BACA JUGA :: Dulu Jumpa Semut Je Mesti Bunuh.Tapi Sekarang Tidak Lagi.Baca Saja Ni

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × two =