Ini 5 Langkah Nak Cuci Mesin Basuh Korang, Dari Luar Nampak Bersih Tapi Berkeladak Di Dalam!

Ini 5 Langkah Nak Cuci Mesin Basuh Korang, Dari Luar Nampak Bersih Tapi Berkeladak Di Dalam! | Tipu kalau zaman sekarang masih ramai yang tak guna orang gaji ‘Jepun’ ini kan? Ya, hampir setiap hari kita menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian. Kita semua tahu tugas mesin ini untuk membersih pakaian kita semua daripada kotoran.

Tetapi pernah tak korang periksa bahagian dalam mesin basuh korang? Korang kena tahu, mesin basuh juga boleh menjadi kotor dan berkeladak jika lama tak cuci. Itu biasa, kerana setiap mesin mesti akan terlekat habuk, daki dan kotoran lain sebab ‘mereka’ ini sudah terkumpul pada bahagian dalam mesin.

Jadi, dengan berbesar hati hari ini ingin berkongsi tips ringkas daripada pengguna Facebook Mohd Anuar tentang cara mudah untuk mencuci dalaman mesin basuh anda. Walaupun lain-lain jenama, sekurang-kurangnya ia membawa manfaat kepada ramai orang.

Hari ini demi mengisi masa lapang. Kita cuci mesin basuh jom. Masa diambil dalam 2jam 30 minit. Tanpa henti dengan kelajuan rilek rilek saja. Model Toshiba AW-A750SM.

Cara-cara cuci mesin basuh boleh tengok gambar di bawah.

1. Buka skru sisi (kiri 1x, kana 1x, blakang 2x) skru mata bunga. ( Lain mesin basuh lain skru kot/kedudukan).

Cuci Mesin Basuh

BACA JUGA :: Ini Cara Baiki Saluran Air Mesin Basuh Tersumbat, Boleh Buat Sendiri Je Air Masuk Laju Berdesup!

Angkat kepala mesin basuh tu sandarkan pada dinding blakang (sebab ada wayar/getah bersambung dgn motor kat bawah mesin basuh.

Outer drum tu kena cokeh juga, interlock plastik saja, baru boleh angkat inner drum keluar utk dicuci. Step ni lepas gambar kedua setel bukak.

2. Cokeh plastik tengah (lebih kurang besar 50 sen lama)

Cuci Mesin Basuh

Buka skru tengah tu, ini untuk bahagian tengah skru yang perlu dibuka tu (abaikan kecantikan mesin basuh baru siap cuci saya.

Cuci Mesin Basuh

3. Cokeh/cungkil penutup tengah (ni dah cokeh) buka skru mata leper, angkat kipas tu (pulsator).

4. Lantai drum ni ada 4 bolt, nak buka aku pakai ratchet 10mm (spana idup susoh nok pulas sebab karat).

Hati-hati gaiss. Karat teruk ni (bagi model, usia lain-lain mungkin lagi ok kot), kena pakai ratchet (bit bolt), Spanar hidup mungkin haus kepala bolt tu.

Nak senang kena beli satu set wrench ni. Skru bolt bit size semua ada. Kebiasaannya, RM 7-20 ringgit kedai DIY.

Belakang kipas (Nauzubillah) 5 tahun tak cuci mesin basuh ni kot.

Dah siap cuci mesin basuh boleh pasang semula dan pastikan ianya berfungsi.

Sumber: Mohd Anuar

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 2 =