Cara Buat Kuetiau Homemade Memang Mudah, Dijamin Bersih & Lebih Jimat.

Suka makan kuetiau? Jom belajar buat kuetiau homemade ni. Lepas ni kalau dah pandai buat sendiri, tiba-tiba terasa nak makan kuetiau goreng tapi kurang rajin nak pi beli dekat kedai, bolehlah buat sendiri.

Malah bila buat sendiri ni tentunya lebih bersih, lebih jimat dan dijamin halal. Jom lihat resipi perkongsian saudari Kak Yong Ima Shida ni. Memang mudah, lebih bersih serta jimat!

CARA BUAT KUETIAU HOMEMADE

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BAHAN-BAHAN:
  • 2 3/4 cawan tepung gandum (340gm)
  • 1 cawan tepung pulut (125gm)
  • 1/2 cawan tepung beras (60gm)
  • 1 biji putih telur
  • 1 cawan air (250ml) Tambah 1-2 sudu besar jika perlu
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung ubi – untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat

BACA: Cara Masak Kuetiau Goreng Ringkas, Sedap Dan Tak Hancur

CARA MEMBUAT:

1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.

2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

Kuetiau Homemade

3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.

Kuetiau Homemade

4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)

Kuetiau Homemade

5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.

Kuetiau Homemade

6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.

7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.

Kuetiau Homemade

8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.

Kuetiau HomemadeSelamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Kak Yong Ima Shida[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 − fourteen =