Simpan Herba Atau Dedaun Tahan Lebih Lama & Tak Perlu Nak Tukar Air. Begini Caranya!

Simpan Herba Atau Dedaun Tahan Lebih Lama & Tak Perlu Nak Tukar Air. Begini Caranya! | Umum antara kita mempunyai cara tersendiri untuk memastikan stok bahan-bahan basah yang disimpan kekal elok dalam masa yang lebih lama.

Pun begitu, andai ada yang belum mengetahui teknik supaya dedaun tahan lebih lama apa kata praktikkan cara yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini.

Kebetulan kali ni saya nak restock halia & daun kucai, alang² tu saya share la sekali cara saya simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup, dll.[expander_maker id=”1″ more=”Baca Selanjutnya” less=”Artikel Lain”]

dedaun tahan lebih lama

dedaun tahan lebih lama

Cara Simpan Dedaun Tahan Lebih Lama

Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama.

Asalnya dulu saya simpan halia & lengkuas jer dalam freezer.. Tapi bila anak asyik kerap batuk & kena sentiasa standby daun sirih sepanjang masa (untuk saat² terdesak), saya mula simpan sirih & daun² herba yang lain dalam freezer gak.

Lepas tu saya start simpan dedaun tahan lama macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai, dll lak.

Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba / dedaun tahan lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air).

Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air.. Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang korang kena tahu..

1) Walau simpan apape pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik.

Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. So, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak jer.. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan, etc.

2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca jer. Tujuannya nak serap wap² air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat² nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.

3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.

BACA: Cara Pilih Sayur Yang Betul Supaya Sayur Segar Dan Tahan Lebih Lama

P/s: Untuk sayur²an boleh gak guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil.

Tukar tisu/kain bila dah basah ye.

Dalam gambar ni ada balance 2 ketul carrot. Masih elok lagi walaupun beli 21/3 haritu lagi..

sumber : Yatie Eimra

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.