Liat & Manis, Resipi Kuih Bunga Tradisi Terengganu Ini Sesuai Dijadikan Juadah Berbuka

Liat & Manis, Resipi Kuih Bunga Tradisi Terengganu Ini Sesuai Dijadikan Juadah Berbuka | Mungkin anda jarang dengar kuih bunga, apatah lagi menikmati keenakannya.

Kuih bunga ini berasal dari negeri Terengganu dan sangat mudah untuk disediakan kerana hanya menggunakan empat bahan saja.

Resipi yang dikongsi Nor Al Fatihah ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menu berbuka puasa bersama keluarga. Anak-anak mesti suka kerana rasanya yang liat dan manis.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Bahan yang diperlukan buat resipi kuih bunga

resipi kuih bunga

Bagi menyediakan resipi kuih bunga yang paling ringkas dan cepat, anda perlu sediakan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan air
  • sebiji telur yang di pukul dan
  • gula secukupnya.

Cara penyediaan kuih bunga

resipi kuih bunga

Cara nak buat kuih bunga ini senang saja. Anda perlu campurkan air bersama tepung pulut sambil uli. Tetapi sekiranya masih tidak jadi doh, tambah air sikit lagi. Ambil sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari.

resipi kuih bunga

Kemudian, celupkan kuih ke dalam telur. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga merekah dan berbunga-bunga. Anda perlu lebih berhati-hati ketika mengoreng kuih ini kerana berkemungkinan akan meletop sikit. Langkah terakhir adalah angkat dan toskan. Salut bersama gula.

Sesuai untuk dijadikan menu berbuka puasa juga. Selamat mencuba resipi kuih bunga!

Sumber: Nor Al Fatihah

[/expander_maker]

The following two tabs change content below
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seventeen − 3 =