Resipi Makanan Kucing Guna 4 Bahan Untuk Lebatkan Bulu Dan Gebu!

Resipi Makanan Kucing Guna 4 Bahan Untuk Lebatkan Bulu Dan Gebu! | Kucing merupakan haiwan peliharaan ramai kerana mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mudah untuk dijaga.

Rata-rata pemilik kucing suka akan kucing yang berisi dan berbulu lebat. Rahsia untuk memiliki kucing yang berisi dan berbulu lebat adalah terletak pada jenis makanan yang diberikan.

Menerusi Facebook Emmaruddin berkongsi resepi untuk menghasilkan makanan kucing yang sihat. Dia telah mengamalkan resepi ini sudah sekian lama. Hasilnya, kucing peliharaan miliknya menjadi sangat gebu dan sihat.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

2 atau 3 kali sebulan bagi makanan basah

makanan kucing

Menurutnya, dia sering memberi makanan jenis basah dan kering kepada kucing peliharaannya. Namun kini, makanan jenis basah yang dihasilkan sendiri hanya diberikan 2 atau 3 kali sahaja dalam masa sebulan. Pada masa yang sama, dia turut memberi pelbagai jenis makanan kering kepada kucingnya kerana dia gemar untuk mencuba perisa-perisa yang lain di pasaran.

Bahan untuk buat makanan kucing dan cara lakukannya

makanan kucing

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan makanan basah untuk kucing ialah:

  • 1 kilogram ikan kembung/mabong
  • 2 ikat bayam
  • 2 batang lobak merah
  • 2 paket serbuk jelly.

Langkah yang pertama ialah dengan merebus segala bahan-bahan tersebut. Pastikan rebus secara asing dan sayur serta ikan telah dicuci sehingga besih. Ikan haruslah dibuang tulangnya terlebih dahulu dan air rebusan ikan jangan dibuang terus.

Makanan kucing berasaskan jelly

makanan kucing

Seterusnya, kisar semua bahan yang telah direbus tadi menggunakan air rebusan ikan sebelum ini. kisar sehingga semua bahan tersebut telah sebati.

BACA: Wanita Ini Kongsikan Cara Untuk Gemukkan Kucing Menggunakan 3 Bahan

Selepas mengisar, bahan tersebut perlu di masak sehingga mendidih sebelum memasukkan 2 paket serbuk jelly. Tambahkan air secukupnya. Tidak perlu untuk menambah gula mahupun garam.

Setelah selesai, masukkan makanan kucing ke dalam bekas dan biarkan ianya sejuk pada suhu bilik buat seketika. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk supaya ianya bertukar menjadi jelly dan siap untuk dihidangkan kepada kucing.

Sumber: Emmaruddin

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eleven + 5 =