Nak Masak Kek Yang Lebih Elok? Kena Kenal ‘Mood’ Ketuhar Dulu!

“Pelik betullah, setiap kali masak kek mesti tak menjadi. Kadang-kadang tak berapa masaklah, kek tak mahu naiklah dan lebih teruk pernah juga hangit. Walhal, ikut resipi bulat-bulat, tetapi tetap juga tidak menjadi. Kenapa ye, apa sebenar masalahnya ni?”

Rungutan sebegini memang biasa didengar terutama buat kita yang kurang pakar dalam masak kek. Hinggakan ada yang mengatakan menyediakan hidangan kek atau pastri ini sangat leceh dan tidak semua boleh menyediakannya. Skil memasaknya tidak sama dan perlu dipelajari.

Untuk itu, Shahidan Shuib yang berpengalaman masak kek telah kongsikan beberapa tip. Semoga ia bermanfaat dan sedikit sebanyak menjadikan kita lebih berilmu dalam penyediaan hidangan pastri ini. Jom cuba![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Kongsi Video Masakan, Suri Rumah Jadi Youtuber Kesukaan Ramai Raih Ribuan Tontonan

Sebelum Masak Kek Guna Ketuhar Semak Ni Dulu:

  1. Beli penanda suhu termometer (klip)

masak kek

Walaupun setiap ketuhar/oven kita telah disertakan dengan alat penunjuk suhu ketuhar di luarnya, sebenarnya kita tidak boleh percayakan sangat penunjuk aras ketuhar tersebut. Mungkin, kita sudah membetulkan suhu kepada 170 darjah Celsius tetapi dalam ketuhar tersebut belum lagi sampai kepada 170 darjah tersebut. Atau, yang lebih teruk suhu di dalam sebenarnya melebihi 180 darjah Celsius, terlebih panas.

masak kek

Oleh itu, letakkan penanda suhu di dalam dan pastikan berada di tengah-tengah. Cara ini mungkin menyelamatkan kek dan pastri anda daripada menjadi terlalu kering ( satu atau dua darjah Celsius memang mempengaruhi tekstur kek sama ada terlebih garing atau kurang masak (underdone).

  1. Kenali ‘hotspots’ oven

Apakah itu? Tempat atau lokasi dalam oven yang mempunyai kepanasan yang tidak setara. Untuk menguji di manakah hotspots dalam ketuhar kita, kita uji dengan membakar roti kita. Susunkan kepingan roti. Dalam suhu kepanasan 180 – 190 darjah Celsius, bakar roti kita sekitar 7 minit. Atau, lihat dengan kerap kegaringannya.

Kemudian keluarkan dan lihat kepingan roti yang mana satukah yang terlebih hangit, garing dan yang mana menerima haba yang sekata?

masak kek

Saya buatkan ujian ini pada oven ‘built in’ saya, bahagian hadapan sebelah kiri nampaknya menerima kepanasan yang lebih daripada tempat lain. Jadi, akan datang saya akan pastikan adunan kek saya diletakkan lebih jauh ke belakang sedikit. Cara ini membantu saya untuk meletakkan loyang kek besar atau kecil berdasarkan pengetahuan saya yang tahu ‘hotspot’ dalam oven saya.

BACA: Untuk Memilih Ketuhar Atau Oven, Mak-Mak Kena Tahu Perkara Penting NI

Ekstra tip lagi tentang ketuhar

  1. Sentiasa panaskan oven sebelum membakar kek dan pastri. Ini adalah peraturan paling asas. Jika kita siapkan adunan kek kemudian baharu masukkan ke dalam oven kemudian baru mahu panaskan oven, ini akan menyebabkan tekstur luar lebih keras dan dalamnya mungkin kurang masak.
  2. Sentiasa letakkan kek betul – betul di tengah rak dalam ketuhar. Kepanasan suhu lebih setara dan seimbang.
  3. Sentiasa menggunakan api atas dan bawah, kecuali jika resipi meminta hanya menggunakan api atas sahaja, atau api bawah sahaja. Contoh, ada beberapa resipi cheesecake yang meminta menggunakan api bawah sahaja untuk mengelakkan permukaan kek merekah. Mengapa menggunakan api dan atas bersekali? Supaya kepanasannya seimbang.
  4. Loyang hitam lebih panas berbanding loyang yang berwarna cerah. Ingat itu. Penyerapan haba lebih pantas. Jadi, mahu buat biskut/cookies selalu gunakan talam/tray hitam atau perak? Ingat tentang ini.
  5. Bawah 160 darjah ia menunjukkan suhu yang kurang panas. Sesuai untuk masak kek yang memerlukan suhu rendah seperti kek keju, atau kek yang tekniknya ‘slow baking’. Selalunya, resipi kek kebanyakannya dibakar menggunakan suhu 170 darjah Celsius ke atas sehingga 180 darjah selsius. 200 darjah ke atas selalunya digunakan untuk membakar muffin atau kek chiffon. Suhu ini amat panas.

masak kek

kredit gambar dan sumber : Shahidan Shuib

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 3 =