Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu Tip Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu Tip Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa | Ini merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering kita hadapi apabila memelihara kucing. Pasti sofa kesayangan anda akan dicakar si comel, kerana ‘mencakar’ merupakan tabiat si kucing untuk melepaskan geram.

Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.

Berikut ialah beberapa tip yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi ‘mangsa’ mereka sebelum kita nak bela kucing:

Bela Kucing

BACA JUGA: Walaupun Anda Dah Biasa Kena Cakar Kucing, Perlu Berhati-Hati Jangkitan Kulat Dari Kucing!

1. Spray

Cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur percikan air dari botol bila kita terpandang mereka “dalam percubaan” hendak mencakar.

Katakan ‘tidak’ atau ‘no’ dengan tegas pada kucing anda. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.

2. Scratching Post (Tempat mencakar)

Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur. Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn favourite spot mereka. Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel.

Sekiranya kita nakkan kucing bukan sahaja mencakar tetapi tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan juga Cat Tree. Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.

3. Pelekat

Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka. Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita.

Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil. Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut.

4. Potong kuku kucing

Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil. Bela kucing kena tahu jaga penampilan kucing juga ya kalau kuku kucing panjang memang lebih teruk lah sofa kalau dicakar oleh bulus ni.

BACA JUGA : Nampak Remeh,Tapi Inilah Hukum Dosa Memelihara Kucing Yang Mengejutkan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − eight =