Rawat Kucing Sakit Parvo, Selsema Atau Demam Dengan Air Rebusan Ni Memang Berkesan!

Rawat Kucing Sakit Parvo, Selsema Atau Demam Dengan Air Rebusan Ni Memang Berkesan! | Siapa sangka, rumput-rumput liar yang tumbuh melata tepi jalan banyak khasiatnya untuk kucing.

Rupanya air rebusan rumput pendul atau ada yang mengenalinya dengan nama rumput helikopter atau rumput mata lalat ni, dikatakan berkesan dalam merawat kucing yang sakit Parvo, selsema atau demam.

Boleh cuba tip yang dikongsikan dari The Mira’s Cat House ini sebagai panduan.

Rumput ini pernah viral dulu. Sekarang viral semula. Nama rumput ni, RUMPUT PENDUL.

KALAU ADA KUCING SAKIT PARVO, SELSEMA ATAU DEMAM, BOLEH BERIKAN AIR REBUSAN RUMPUT NI PADA KUCING TERSEBUT. KUCING YANG HILANG SELERA MAKAN ATAU TAK NAK MAKAN LANGSUNG PUN BOLEH DIBERIKAN AIR REBUSAN RUMPUT NI.

Rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.

CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN UNTUK RAWAT KUCING SAKIT PARVO, SELESEMA DAN DEMAM:

kucing sakit parvo

1. Cabut rumput ini bersama akarnya.

2. Bersihkan tanah dari akar dan daun.

3. Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar ke dalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.

4. Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.

5. Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.

6. Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi janganlah lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat semula untuk stok.

kucing sakit parvo

(Perhatian : Ini adalah suplemen, jadi ubat doktor juga diperlukan untuk sembuhkan kucing sakit seperti antibiotik atau sebagainya)

Insha Allah, akan nampak perubahan kucing pada dua atau tiga hari selepas diberikan air rebusan rumput ni.

Selamat mencuba, Semoga bermanfaat.

Kalau ada kat rumah yang ada masalah kucing sakit Parvo, demam atau selesema boleh bagi air rebusan rumput pendul ni. Namun jika masih berterusan, dapatkan rawatan di klinik haiwan segera.

BACA JUGA :: Walaupun Anda Dah Biasa Kena Cakar Kucing, Perlu Berhati-Hati Jangkitan Kulat Dari Kucing!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × two =