Walaupun Anda Dah Biasa Kena Cakar Kucing, Perlu Berhati-Hati Jangkitan Kulat Dari Kucing!

Walaupun Anda Dah Biasa Kena Cakar Kucing, Perlu Berhati-Hati Jangkitan Kulat Dari Kucing! | Sekiranya anda ada kucing dengan luka di hidung sila dapatkan rawatan kerana jangkitan kulat tersebut boleh menjangkiti manusia. Kerana jika dibiarkan ia akan melarat dan sekiranya anda terkena cakar kucing ia membahayakan kesiahatan anda.

Sporotrichosis adalah penyakit kulat pada bahagian kulit yang berpunca daripada kulat sporotrix schenkii. Kulat ini merebak melalui ‘lymphatic vessel’ (nodus limfa).

Jangkitan pada kucing biasa berlaku akibat pergaduhan dengan kucing liar yang lain. Jangkitan pada manusia berlaku apabila kucing yang telah dijangkiti mencakar, mengigit atau ada luka pada permukaan kulit.

Gejala jangkitan

  • Bengkak merah kecil pada permukaan kulit yang tidak menyakitkan
  • Bengkak tersebut semakin membesar dan merebak kelihatan seperti luka yang tidak sembuh
  • Ia merebak secara memanjang di sepanjang cecair limfa.

Dalam kes yang lebih serius jangkitan boleh merebak ke mata, paru paru dan diseluruh tubuh.

Selain dari kucing, anda juga boleh mendapat jangkitan dari persekitaran apabila kulat yang terdapat pada najis/ tanah terkena kulit yang luka semasa anda sedang berkebun.

BACA JUGA : Inilah Cara Merawat Penyakit Kurap Kucing Dengan Kunyit Hidup

Rawatannya adalah dengan menggunakan pil anti kulat yang khusus dan perlu diambil utk tempoh yang tertententu.

Malah, apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.

Dalam tempoh 3 hari -14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan menyakitkan.

BASUH DENGAN SEGERA JIKA DI CAKAR KUCING

Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang luka , elakkan dari di jilat kucing.

Jika anda di cakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun. Dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat.

Kepada anda yang mempunyai kucing atau sering bermanja dengan haiwan tersebut silalah ambil perhatian. Anda harus ingat bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.

Teringat karakter Nick Fury yang menjadi buta sebelah mata akibat dicakar kucing Captain Marvel, Goose. Walaupun secara teknikalnya dalam filem itu Goose merupakan monster alien dikenali sebagai Flerken.Cakar Kucing

Sumber: Public Health Malaysia

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × 4 =