Nak ‘Jump Start’ Kereta Kawan? Kena Tahu Cara Yang Betul Kalau Tak Bateri Kereta Sendiri Akan ‘Kong’!

Nak ‘Jump Start’ Kereta Kawan? Kena Tahu Cara Yang Betul Kalau Tak Bateri Kereta Sendiri Akan ‘Kong’! | Bateri biasanya bertahan dari setahun setengah hingga ke 2 tahun, sebagai pemilik kenderaan kita akan dinasihatkan untuk menukar bateri jika kuasa bateri mencapai tahap 40% dan ke bawah.

Namun bagaimana hendak tahu bateri kereta kita perlu ditukar? Anda perlu mengenal pasti simptom awal bateri anda sudah lemah.

  • Sistem penggera jadi tidak menentu seperti berbunyi tiba-tiba
  • Keluar pelbagai mesej amaran secara rawak
  • Radio bermasalah seperti hilang signal atau tetapan frekuensi perlu diset semula
  • Jam perlu kerap diset semula atau tidak lagi menunjukkan waktu yang tepat
  • Lampu kereta jadi malap dan terkedip-kedip

Namun sekiranya bateri terus kong, jangan bimbang. Ini adalah cara yang perlu anda ‘jump start’ dengan betul.

Jump Start

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Cas Semula Bateri Kereta & Jumpstart Tanpa Bantuan Kereta Lain

Pastikan kereta mempunyai CC yang sama atau lebih besar dari kereta anda.

Sebabnya kenapa kereta cc kecik tak sesuai untuk Jump Start kereta cc besar? Tengok samada bateri kereta yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta kawan untuk membuat Jump Start.

Contoh: Sekiranya kereta anda adalah Produa kelisa 1.0 CC, dapatkan kereta yang CC juga sama ataupun yang kereta yang lebih besar seperti Waja 1.6 CC.saya pernah cuba kancil nak jumper ke nisan cefiro tak boleh.. Produa Viva nak jumper ke naza ria jugak tak boleh..

Walau pun kesemua bateri kereta mengeluarkan 12V sama ajerr…tetapi bateri sebenarnya bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaan serta bilangan plate dalam bateri. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas. Contohnya Biasanya:

  • N40Z (Kancil,Kelisa,Kenari)
  • NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja )
  • NS70L (Naza Ria pakai)

Masa jumper bateri, kereta yang bateri OK kena hidupkan enjin, kena tekan minyak sekali sekala,supaya karen dapat supply dengan kuat untuk kereta yang kong tersebut. Biarkan kenderaan anda hidup selama 15 – 20 minit. Dah agak lama cas bateri, cuba start kereta yang bateri kong tu. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. Tapi kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu!

BACA JUGA : Tak Mampu Bayar Ganti Rugi Selepas Langgar Kereta Orang, Wanita Ini Dibayar Dengan Coklat

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 − 6 =