Peniaga Ini Kongsi Resipi Ayam Goreng Seringgit Rangup. Patutlah Viral!

Peniaga Ini Kongsi Resipi Ayam Goreng Seringgit Rangup. Patutlah Viral! | Masakan ayam goreng memang makanan mesti ada untuk seisi keluarga terutama anak-anak. Masakan ini jika dihidangkan hari-hari memang tak jemu! Makan panas-panas memang terangkat.

Namun, nak buat ayam goreng menjadi lebih sedap bukan main goreng dengan kunyit aje, ada rahsia perapan ayam sehingga membuatkan ayam goreng memberikan aroma yang menyelerakan. Memang sedap meletop!

Sebagaimana resipi wanita ini yang juga merupakan peniaga ayam goreng. Beliau berkongsi resipi ayam goreng berharga seringgit sehingga mencecah 9K share. Tentu ada rahsia perapan yang kita kena tahu. Ikuti perkongsiannya.

Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah
Alhamdulillah rezeki.. oh kepci mohonlah selalu buat promo.. boleh akak tumpang tempiasnya. Ni akak masukkan resepi..so kita semua boleh buat sama-sama

Resipi ayam goreng seringgit

Ni resipi ayam goreng seringgit saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya.

Bahan-bahan resipi ayam goreng:
  • Ayam sekor potong 22-24
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang besar saiz kecik (1)
  • Halia 1 inci
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Lada putih 1 sudu kecil
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Garam dan serbuk perasa adabi
    *kalau tak suka letak serbuk kari pun takpe..kari tu kalau letak sesudu je pun dia tak rasa kari atau berempah..cuma utk bagi sedap dan wangi je.

Kisar semua bahan sampai halus. Perap pada ayam.

Resipi tepung salut

  • 1 cawan tepung bestari pedas
  • 2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
  • 1 sudu tepung ubi/beras

Resipi Ayam Goreng

BACA JUGA : Kalau Serius Nak Turunkan Berat Badan, Elak Ambil 6 Bahagian Ayam Ni

Cara-caranya;

  1. Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..perapan tu kalau nampak pekat sangat..tambah air sikit..(perapan tak perlu pekat ye) Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung..
  2. Masukkan ayam dalam 5-6 ketul dlm bekas tu
  3. Sendukkan tepung salut ke atas ayam
  4. Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
  5. Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.
    *boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup(saya tak buat)
  6. Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)
  7. Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
  8. Hidangkan panas-panas..
  9. Makannn

#Untuk lebih senang boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain Tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit, saya kena kreatif untuk jimatkan kos (ayam mahal weh)
#Boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

Resipi yang mudah terutama bila ahli keluarga berkumpul. Apa lagi jom buat!

Kredit: Murni Rahmat

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × two =