Pemilik Kucing Sila Semak 10 Perkara Ini Sebelum Tinggalkan Kucing Di Rumah - Petua Ibu

Pemilik Kucing Sila Semak 10 Perkara Ini Sebelum Tinggalkan Kucing Di Rumah

Pemilik Kucing Sila Semak 10 Perkara Ini Sebelum Tinggalkan Kucing Di Rumah | Ada Bela Kucing Di Rumah Tapi Nak Pulang Ke Kampung?

Kucing ibarat anak sendiri bagi sesebuah keluarga yang cukup cintakan haiwan kesayangan Nabi ini. Apabila pulang beraya ke kampung halaman, masalah penjagaan haiwan yang diibaratkan seperti anak ini menjadi fokus utama.

Jika ada yang memilih untuk meninggalkan kucing-kucing ini di asrama kucing atau pusat peliharaan kucing, ia mungkin dianggap sebagai langkah bijak namun banyak aspek masih lagi perlu diambil kira.

tinggalkan kucing

Kes salah sebuah pusat jagaan kucing di Damansara Damai yang membiarkan kesemua kucing-kucing bertuan ini haus tanpa air dan makanan adalah satu perkara yang sangat zalim. Kes yang berlaku enam tahun lalu ini masih terkesan di hati setiap daripada kita.

Sejak itu ramai daripada kita yang memilih untuk meninggalkan kucing kesayangan mereka di rumah sahaja. Selain terjaga dengan baik, risiko jangkitan kulat dan penyakit-penyakit lain juga lebih terjaga.

Namun berbagai aspek perlu diambil kira sebelum meninggalkan kucing bersendirian di rumah. Sepuluh perkara ini patut anda buat sebelum melangkah pulang ke kampung halaman.

Lakukan 10 Perkara Ini Sebelum Tinggalkan Kucing Di Rumah

Mandikan Terlebih Dahulu

Sebelum anda tinggalkan kucing pastikan kucing-kucing anda dimandikan terlebih dahulu. Menghantar ke kedai dengan pakej lengkap pembersihan mungkin lebih menjimatkan masa.

Balik sahaja ke rumah, kucing anda berbau harum dan segar. Memastikan mereka bersih dan segar adalah penting supaya kucing lebih rasa selesa untuk ditinggalkan lama.

Beritahu Setiap Hari

Dua tiga hari sebelum pulang beritahulah kucing-kucing anda akan ketiadaan anda kelak. Bercakaplah dengan mereka seperti biasa dan pujuklah mereka untuk tinggal bersendirian.

Mungkin ia dianggap kelakar namun kucing memahami setiap apa yang anda tuturkan. Percaya atau tidak, tanpa anda memberitahu mereka sekalipun, kucing kelihatan murung dan seperti memahami akan pemergian anda.

Makanan Guna ‘Auto Food Dispenser’

Sebelum meninggalkan kucing-kucing ini pastikan anda sudahpun mempunyai bekas makanan jenis ‘auto dispenser’, yang boleh membekalkan makanan sentiasa kepada kucing.

Bila makanan berkurang, makanan akan jatuh dengan sendirinya ke dalam tempat makan. Jadi tiadalah masalah kehabisan makanan. Bekas ini penting. Kena ada. Sediakanlah makanan sepenuh-penuhnya. Biar lebih asal jangan terkurang. Begitu juga dengan air. Beli jenis yang sama, khusus untuk air.

tinggalkan kucing bersendirian di rumah

Pasir Lebih

Selain makanan, pasir juga amat penting. Ada kucing yang kurang selesa melepaskan hajatnya apabila ada najis di dalamnya. Mereka sama seperti kita yang banyak ragam dan peelnya.

Jadi sediakanlah bekas pasir lebih khusus untuk tujuan ini. Menyediakan dua hingga tiga bekas pasir yang besar adalah wajar.

Pengudaraan Tepat

Jika anda meletakkan kucing di dalam bilik tertutup, pastikan tingkap di buka sedikit. Jangan di buka terlalu luas kerana bimbang kucing keluar melaluinya. Pastikan tingkap anda ada besi pengadangnya.

Pasang Lampu

Biarkan lampu sentiasa terpasang sepanjang masa. Ini bagi mengelakkan mereka berada di dalam keadaan gelap ketika malam hari. Walaupun kucing mampu untuk ‘survive’ di dalam cahaya gelap, namun membuka lampu dirasakan lebih selamat bagi mereka.

Berikan Teman

Orang kata hidup biar berteman. Begitu jugalah si bulus kesayangan kita ini. Jika kucing anda seekor sahaja, ada baiknya anda bawa dia pulang bersama atau letakkan dia di asrama kucing. Namun jika berteman, itu tidak mengapa.

Letakkan Pakaian

Ini penting. Kucing kita terutama jenis parsi dan campuran cepat murung tanpa tuannya. Tinggalkan baju anda yang sudah dipakai bagi meninggalkan sedikit bau buatnya. Ini dapat mengelakkan rasa murung.

Ada Penghadang

Jika anda tinggalkan kucing dan dia berada pada satu-satu kawasan yang luas seperti dapur, pastikan diletakkan pengadang seperti pengadang pagar. Ini bagi membolehkan kucing tidak bergerak ke kawasan lain seperti ruang tamu dan bilik.

Namun jika anda meletakkan kucing-kucing ini di dalam sebuah bilik, pastikan bilik di tutup dengan rapat. Ada sesetengah kes, kucing masih berjaya membukanya dengan menolak kuat.

Mainan Tambahan

Mainan kena ada sebelum tinggalkan kucing anda bersendirian di rumah. Selain mengelakkan rasa bosan dan murung, mainan boleh membantu kucing-kucing anda bermain dengannya. Cara ini buat dia terlupa yang dia rindukan anda.

Jika anda masih belum mempunyai keyakinan untuk tinggalkan kucing anda bersendirian dirumah, adalah lebih baik untuk anda bawa sekali pulang ke kampung ini kerana pastinya jiwa anda kacau sepanjang di kampung memikirkan keadaan kucing di rumah.

Jika jarak kampung agak jauh anda boleh cari teman terdekat yang boleh menjaga anak bulus anda ini sebaiknya tetapi janganlah tempoh tinggalkan kucing lebih dari seminggu takut nanti merajuk pula anak bulus nanti.

You might also like
1 Comment
  1. […] ni, tak ada masalah lagi untuk membantu kucing jalanan di luar sana dan tak perlu risau nak tinggalkan kucing lama-lama di rumah. Selamat […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.