Home All Petua Dapur Cara Baca & Pilih Jenis Keju Sebelum Beli, Elak Bahan Tak Halal

Cara Baca & Pilih Jenis Keju Sebelum Beli, Elak Bahan Tak Halal

813
0
Cara Baca & Pilih Jenis Keju Sebelum Beli, Elak Bahan Tak Halal

Coulommiers au lait cru | Keju merupakan antara bahan utama masakan yang amat digemari oleh semua orang. Ianya antara bahan yang boleh menghasilkan pelbagai juadah seperti kek, pasta, sapuan dan pelbagai lagi.

Keju digemari tidak mengira umur, dari yang paling kecil sehinggalah yang paling tua dan pastinya masakan yang dimasak berasaskan keju akan menjadi kegemaran.

Tetapi bila bercakap soal keju, pasti yang menjadi perhatian ialah halalnya sesuatu keju itu untuk dimakan. Tidak semua jenis keju yang dijual dipasaraya adalah halal.

Sebelum membeli anda perlulah membaca kandungan pembuatannya dikandungan yang tersedia. Menerusi laman Facebooknya, Nor Zailina berkongsi tentang kandungan kandungan jenis keju yang boleh dimakan dan juga panduan ketika hendak membeli keju.

PERHATIKAN PERINCIAN JENIS KEJU TERLEBIH DAHULU

jenis keju

Saya bimbang bila tengok orang Islam beli keju tanpa membaca bahan-bahan yg terkandung di dalamnya atau sekiranya ada logo Halal negara pengeluar keju itu. Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?

* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dll.

* Rennet – bahan yang digunakan bagi menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dsbnya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang. Bovine Rennet adalah rennet dari perut lembu. Porcine dari khinzir (pig/swine).

HANYA PILIH RENNET:

  • microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria TETAPI ada juga yang dibiak daripada sumber binatang, sila tengok tanda Halal)
  • non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
  • vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)

BACA: Ini Cara Buat Homemade Mozarella Cheese Guna 3 Bahan Jer

Selain rennet, keju juga diperbuat dengan:

  • proses pemerapan (fermentation)
  • menggunakan cuka dan jus lemon (asid) terutama untuk pembuatan keju vegan

FAKTA PENTING:

keju
Coulommiers au lait cru

1. Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.

2. Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).

3. Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.

Sumber : Nor Zailina

TERUSKAN MEMBACA

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here