Jangan Abaikan Tanaman Ini, Ia Bermanfaat Menyembuhkan 13 Penyakit Ni

Sekiranya anda menjumpai tanaman ini, mungkin anda akan menganggap ia hanya tanaman yang tumbuh melata yang langsung tidak berguna. Tetapi tidaklah Maha Pencipta yang menciptakan sesuatu itu tanpa tujuan malah turut mempunyai kelebihan dan manfaatnya. Sebenarnya tumbuhan ini sangat berkhasiat dan mempunyai kebaikan yang sangat menakjubkan.

Tumbuhan ajaib ini yang dikenali dengan berbagai nama seperti pokok tawa-tawa, gelang susu, susu Nabi dan berbagai lagi nama lain mengikut tempat masing-masing di Malaysia dan negara lain.

tumbuhan

Lebih mengejutkan, pokok yang dipanggil Patikan Kebo di Indonesia ini, selepas kajian yang dilakukan oleh beberapa pakar, melaporkan ekstrak etanol dari tumbuhan ini mempunyai antimikroba paling tinggi pada bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi iaitu bakteria yang menyebabkan penyakit Tifus. Manakala, ekstrak daun, batang, bunga serta akar tumbuhan ini mempunyai antioksidan yang tinggi.

Pokok yang mempunyai banyak kelebihan ini turut dilaporkan di Nigeria digunakan untuk mengubati luka. Juga digunakan untuk pengubatan penyakit kerana mikroba seperti gonorhea serta disentri.

Tanaman ini turut digunakan untuk mengubati penyakit seperti:

1. Menyembuhkan Influenza

Setengah genggam daunnya dicuci dan di rebus dengan air bersih sebahagian 3 gelas sehingga menjadi 3/4 selepas direbus. Sejukkan rebusan ini dan tambahkan madu sedikit lalu diminum 2 kali sehari.

2. Menyembuhkan Bronchitis

Setengah genggam daunnya dibersihkan dan digiling atau ditumbuk halus serta tambahkan air masak 3/4 cawan serta satu sudu besar madu dan airnya diminum 2 kali sehari.

3. Menghilangkan Batuk

20 gram daun segar Patikan Kebo ini direbus dengan 2 gelas air selama 15 minit, serta diminum sehari dua kali iaitu setengah gelas sekali.

4. Menyembuhkan Disentri

Ambil daun gelang susu ini sedikit, rebus dan ditambah dengan gula pasir (bila mengalami pendarahan) atau gula merah (sekiranya mempunyai lendir), lebihkan air sebaiknya lalu disejukkan lebih kurang 15 minit. Sebelum diminum.

5. Melancarkan Saluran Air Kecil

Ambil daunnya dan tambahkan air sewajarnya, di rebus. Untuk diminum 2 kali sehari.

6. Menyembuhkan Bisul

Daunnya yang segar sebanyak 60 gram dan masukkan 120 gram tauhu putih, sejukkan selama 15 minit lalu ditampal di tempat yang mempunyai bisul.

7. Menyembuhkan Thypus Abdominalis (Usus)

Daunnya yang segar lalu direbus dengan air secukupnya diminum 3 kali sehari.

8. Menyembuhkan Radang Ginjal

Daunnya yang segar atau pun yang kering harus direbus terlebih dahulu sebelum diminum.

9. Menyembuhkan Kegatalan Kulit (Eksim)

90 gram daunnya ditambah 1/2 liter alk”0h0l 70% direndam selama 35 hari, untuk membersihkan eksim.

10. Menyembuhkan Gatal Tekak

Daunnya direndam air panas lalu digunakan dengan kumur selepas air menjadi suam.

11. Menyembuhkan Asma

1 genggam Patikan Kebo kering direbus dengan air secukupnya air sehingga mendidih, sejukkan serta diminum 2 kali sehari, 1/2 gelas pada waktu pagi dan petang.

12. Menyembuhkan Radang payudara

Satu genggam daun Patikan Kebo serta 2 senduk makan biji kacang soya direbus dengan 35 gelas air sampai mendidih. Sejukkan, diminum 2 kali sehari dengan satu cawan setiap kali minum.

13. Menyembuhkan Mata Merah

Titiskan getah tanaman ini pada mata yang merah sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

Semoga bermanfaat kepada semua dan dikongsikan kepada mereka yang belum tahu.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen − 4 =