Ini Jenis Diet Ketinggalan Zaman, Antaranya Skip Makan Pagi Dan Tengah Hari

Jika anda berdiet dengan skip makan pagi dan tengahari, lupakan saja kaedah diet yang ketinggalan zaman ni. Ada banyak sebab kenapa diet yang kita jalani sebelum ini tidak membuahkan hasil. Tubuh, bukanlah baru ‘dibentuk’ pada hari ini.

Apabila mulakan diet rendah kalori, hanya anda sahaja yang faham bahawa anda mahu menurunkan berat badan. Sebaliknya, tubuh anda tidak memahami apa yang anda lakukan. Tubuh hanya ‘faham’ yang anda kelaparan, seterusnya tubuh akan cuba menghentikan usaha diet anda.

INGAT NAK DIET…

1. Kadar metabolisme setiap orang tidak sama, ada yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi sehingga dapat membakar kalori dengan cepat. Mereka yang memiliki metabolisme yang tinggi rata-ratanya lebih langsing. Ada pula yang membakar kalori dengan lambat kerana memiliki kadar metabolisme yang rendah.

2. Kadar metabolisme boleh berubah. Ketika anda berdiet dan berada dalam keadaan lapar, tubuh akan memperlahankan metabolisme kerana tubuh tidak faham tentang konsep diet. Disebabkan tidak tahu berapa lama akan berada dalam keadaan lapar, secara automatik tubuh akan cuba bertahan dengan lemak yang ada.

3. Tubuh akan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada di dalam tubuh anda sehingga tempoh ‘berlapar’ anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.

Makan Pagi

Mungkin ramai yang biasa ambil makanan berat macam nasi lemak, roti canai dan kuih muih yang manis, bukan?

Ok, ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk, rendamkan selama 2-5 minit, selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.

Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan banyak melampau. Jadi tak ada lah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan melampau!

Cara Makan Tengah Hari

Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang.

Sebenarnya menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi, tapi dengan syarat cedok nasi segenggam saja, lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang bersup.

Elakkan lauk pauk yang bersantan, goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar.

Kalau nak jemput selera, eloklah setiap hari tukar lauk baru agar tak jemu.

Malam

Bukan tak boleh makan malam langsung tetapi sila makan malam awal sebelum maghrib antara jam 6 petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam, perut pun perlukan masa nak proses dan nak rehat.

Menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau.

Kalau pemalas sangat nak masak, makan saja oat dengan susu dan kismi. Settle!

diet

Elak Makan Ikut Nafsu

Kebiasaan diet dengan cara berlapar boleh beri kesan yang buruk. Ini kerana, tubuh bukan hanya memperlahankan kadar metabolisme untuk menyimpan lemak yang ada tetapi akan cuba mengambil kesempatan sebaik mendapat sumber makanan. Pantang ada saja makanan, tubuh cenderung cuba mendapatkannya dengan banyak.

Bayangkan saja anda sudah berdiet dan menahan lapar selama beberapa hari. Suatu hari, datang seorang rakan membawa aiskrim kepada anda. Anda berkata pada diri sendiri, makan satu atau dua sudu tidak akan beri kesan buruk pada diet anda. Tapi sebaliknya tanpa anda sedar semakin banyak pula yang anda makan.

Akhirnya, anda menyalahkan diri sendiri kerana tidak punya kekuatan untuk menghalang diri dari makan aiskrim tadi dengan banyak. Hakikatnya, anda bukanlah tidak punya kekuatan untuk menahan diri tetapi itulah sebenarnya bagaimana tubuh berfungsi.

Tubuh anda menganggap bahawa aiskrim tadi adalah satu-satunya sumber kalori yang boleh didapati setelah beberapa hari tidak mendapat keperluan kalori yang mencukupi. Sebab itu, anda tidak sedar bahawa anda sudah mengambil lebih kalori dari yang sepatutnya.

Ingat, kebiasaan makan secara tidak terkawal (mengikut nafsu) biasanya disebabkan oleh diet. Jadi sebenarnya adalah tidak bagus untuk anda mengelakkan diri dari makan seperti meninggalkan makan sarapan dan makan tengah hari.

Mengelak dari makan hanya membuatkan anda makan dengan lebih banyak sebaik sahaja berpeluang untuk makan. Makanlah seperti biasa dan elakkan diet rendah kalori. Mengelakkan atau terlalu kurang makan bukanlah cara yang efektif dan kekal untuk mengawal berat badan.

Cuba rujuk cara untuk meningkatkan metabolisme oleh Kevin Zahri…

1. Minum Air Secukupnya

Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2. Jangan lupa suplemen kalsium

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3. Pilih Makanan

Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

3. Tidur yang cukup

Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

4. Jangan Stress

Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

5. Curi Masa Duduk Di Luar

Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

Tak kisahlah cara mana yang anda suka boleh bila diet. Cuma lebih baik cuba turunkan berat badan secara semulajadi, tanpa apa-apa produk. Berdietlah dengan cara yang betul. Jika rasa berat badan okay, tetapi cuma di bahagian perut yang ada masalah, cuba cara kempiskan perut secara semulajadi pula.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eleven − 11 =