Jerebu Makin Teruk, Ini Panduan Pilih Topeng Muka Yang Sesuai

Jerebu datang lagi! Boleh dikatakan hampir setiap tahun jerebu pasti akan melanda negara kita. Bukan setakat Malaysia, negara Brunei, Singapura dan Thailand juga akan terkena tempias yang sama.

Buat masa ini, beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap ‘tidak sihat’.

Puncanya? Tidak perlulah kita sebut kerana negara jiran kita, Indonesia mendakwa punca jerebu yang menyelubungi negara kita ketika ini adalah datang dari Sarawak.

Tidak kiralah negara mana yang menjadi punca kepada permasalahan itu namun kita perlu kurangkan aktiviti luar, minum air yang mencukupi dan yang paling penting sekali, pemakaian topeng muka sekiranya mahu keluar dari rumah!

Kenapa Penting Pakai Topeng Jerebu?

topeng jerebuBila tiba musim jerebu, masih ramai di antara kita tidak mengambil peduli mengenai pemakaian topeng jerebu ini kerana mungkin bagi mereka ianya tidak penting dan tidak akan menjejaskan kesihatan sekiranya tidak memakainya.

Untuk pengetahuan anda, jerebu terjadi disebabkan keadaan udara yang tercemar di mana partikel halus boleh memasuki sistem pernafasan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan serius terutama kepada mereka yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah serta penghidap asma.

Jadi ketika musim jerebu ini, pemakaian topeng jerebu ini sangat penting bagi mengelak sebarang penyakit yang tidak diingini akibat menghirup udara yang dipenuhi dengan asap merbahaya.

Namun ramai yang masih tidak mengetahui untuk memilih topeng jerebu yang betul semasa hendak membelinya.

Apa Kandungan Yang Ada Pada Asap Jerebu?

Tahukah anda apakah kandungan yang terdapat dalam asap jerebu serta beza antara zarah jerebu 10 mikron atau jirim zarahan, PM10 dan PM2.5?

Kajian membuktikan zarah yang amat halus adalah ancaman berbahaya kepada kesihatan manusia.

Antaranya zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.

Gunakan Topeng Muka Jenis N95

Ingat! Sebelum nak beli topeng untuk jerebu, tanya dahulu kepada pegawai farmasi jenis topeng muka yang mereka jual.

Jangan main beli sahaja tanpa mengenalinya kerana macam-macam jenis topeng dijual di farmasi. Yang biasa kita lihat, ramai yang tersalah beli topeng pembedahan seperti yang digunakan pegawai perubatan di hospital dan bukannya topeng yang sesuai dengan keadaan jerebu.

Jadi, penting untuk kita semua membeli topeng muka jenis N95 kerana topeng ini mampu membantu melindungi diri daripada udara yang berjerebu.

Topeng muka jenis N95 ini terbukti sudah diuji dan disahkan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel halus yang berukuran 0.1 mikron dalam udara berjerebu oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Amerika Syarikat.

Ini kerana, asap dan jerebu daripada kebakaran hutan mengandungi bahan partikel halus berbahaya yang bersaiz kurang daripada 2.5 mikrometer.

Jadi, adalah penting untuk kita semua ambil tahu topeng jenis manakah yang paling sesuai dipakai setiap kali jerebu melanda negara kita.

Malah, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan penggunaan topenh jenis N95 ini digunakan terutama sekiranya bacaan IPU mencecah 101 ke atas.

Berbanding dengan pemakaian topeng pembedahan, topeng jenis itu mempunyai bukaan di tepi kerana ia menutup bahagian hadapan mulut, menyebabkan udara luar boleh memasuki hidung dan mulut yang langsung tidak berkesan untuk menapis partikel halus yang terkandung dalam jerebu.

Jadi, sesiapa yang memakai topeng jenis berkenaan ketika jerebu untuk jangka masa panjang sebenarnya akan membahayakan diri dengan membenarkan bahan partikel halus bersaiz 2.5 mikrometer memasuki paru-paru dan darah melalui sistem pernafasan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit paru-paru, jantung dan sebagainya.

Boleh Jejaskan Kesihatan Jika Tak Pakai Topeng

Untuk kesan jangka pendek, jerebu boleh menyebabkan mata berair, hidung berair dan sakit tekak pada individu yang sihat.

Bagi individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, partikel jerebu ini juga boleh mengundang risiko yang lebih bahaya kepada mereka.

Bukan itu sahaja, kesan asap jerebu ini juga boleh mendatangkan kesan sakit kepala, pening, keletihan atau tekanan selain fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru.

Manakala kesan jangka panjang pula, ia akan mempercepatkan proses penebalan arteri berbanding orang lain. Selain itu menjadi punca penyakit vascular, meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan mengurangkan jangka hayat dari tempoh beberapa bulan ke beberapa tahun.

Malah ia juga boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis dan keguguran serta-merta, berat bayi di bawah kadar biasa dan kecacatan ketika kelahiran bayi atau kematian bayi.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five + twelve =