Home All Pengetahuan Am Inilah 6 Khasiat Pokok Tasbih Yang Tidak Diketahui Umum

Inilah 6 Khasiat Pokok Tasbih Yang Tidak Diketahui Umum

11042
0
Inilah 6 Khasiat Pokok Tasbih Yang Tidak Diketahui Umum 2

Mesti ramai tidak mengenali pokok ini apatah lagi khasiat pokok tasbih yang tidak pernah diketahui umum. Pokok ini seolah-olah seperti rumput biasa bagi yang tidak mengenalinya, ada juga yang menamakannya Pokok Jelai.

Tumbuhan daripada famili rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak kampung menjadikan tasbih daripada buahnya yang dicucuk pada tali.

Satu kepercayaan masyarakat Melayu yang mengatakan kucing yang dipakaikan dengan rantai buah tasbih menjadi kurus dan tidak sihat. Namun, sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan. Ini kerana rantai buah pokok tasbih ini dikatakan bersifat sejuk.

Tumbuhan berumpun ini mencapai ketinggian 3 meter. Buahnya berkilau seperti porselin, tebal dan keras. Ia berwarna hijau muda semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat bila masak. Ia menjadi hitam apabila tua. Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berketak-ketak.

Upih daunnya rapat memenuhi batang. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang cukup. Jelai membiak melalui pecahan rumpun, sama seperti kebanyakan tumbuhan lain daripada famili rumput.khasiat pokok jelai, khasiat pokok tasbih, petua pokok tasbih, petua pokok jelai

Nota bertasbih : Apa pandangan anda? Kongsikan diruang komen fb atau blog. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan, moga kita beroleh kebajikan bersama berterusan 🙂

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here