Inilah 6 Khasiat Pokok Tasbih Yang Tidak Diketahui Umum, Boleh Rawat Migrain Juga!

Inilah 6 Khasiat Pokok Tasbih Yang Tidak Diketahui Umum, Boleh Rawat Migrain Juga! | Mesti ramai tidak mengenali pokok ini apatah lagi khasiat pokok tasbih yang tidak pernah diketahui umum. Pokok ini seolah-olah seperti rumput biasa bagi yang tidak mengenalinya, ada juga yang menamakannya Pokok Jelai.

Tumbuhan daripada famili rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak kampung menjadikan tasbih daripada buahnya yang dicucuk pada tali.

Satu kepercayaan masyarakat Melayu yang mengatakan kucing yang dipakaikan dengan rantai buah tasbih menjadi kurus dan tidak sihat. Namun, sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan. Ini kerana rantai buah pokok tasbih ini dikatakan bersifat sejuk.

Tumbuhan berumpun ini mencapai ketinggian 3 meter. Buahnya berkilau seperti porselin, tebal dan keras. Ia berwarna hijau muda semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat bila masak. Ia menjadi hitam apabila tua. Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berketak-ketak.

Upih daunnya rapat memenuhi batang. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang cukup. Jelai membiak melalui pecahan rumpun, sama seperti kebanyakan tumbuhan lain daripada famili rumput.khasiat pokok jelai, khasiat pokok tasbih, petua pokok tasbih, petua pokok jelai

Kegunaan Atau Khasiat Pokok Tasbih

1. Ubat Untuk Sakit Kepala Dan Migrain:

Di kampung-kampung, khasiat pokok tasbih ini digunakan bagi mengubati sakit kepala dan migrin. Caranya, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit dimandikan dengan air rendaman ini selepas suam.

2. Mengubati Demam Kuning

Khasiat pokok tasbih di bahagian akarnya mampu mengubati demam kuning dengan cara merebus 15 gram akarnya sehingga air rebusan tinggal setengah. Kemudian, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. Di samping itu, pesakit perlu minum banyak air masak semasa mengamalkan tonik ini.

3. Merawat Batu Karang

Bagi merawat batu karang pula, 5 gram khasiat pokok tasbih menggunakan daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 gram bagi mengubati jangkitan pundi kencing dan kencing kotor.

BACA JUGA: Inilah 7 Jenis Ubat Homemade Dari Limau Kasturi

4. Merawat Reumatoid Arthritis

Bagi merawat reumatoid pula, 30 gram buah yang tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya semasa sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk.

5. Menghaluskan Kulit

Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit .

6. Merawat Masalah Berkaitan Usus dan Masalah Angin

Bunga tasbih mempunyai sifat astringen, dipercayai dapat menyingkirkan cacing, mengeluarkan angin dan dapat melawaskan pembuangan air kencing. Ia juga menjadi penawar appendiks dan cirit-birit.

Dalam perubatan tradisional Cina, jelai adalah tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk dan berfungsi merehatkan otot, antitumor, penahan sakit, menurunkan kandungan gula dalam darah dan merawat demam.

Selain itu, masyarakat Cina juga menggunakan isi bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli iaitu dijadikan bubur dan sup. Penggunaan herba ini perlu dielakkan semasa hamil.

Pembiakan: Menanam secara keratan hujung batang dalam tanah sedalam 15 cm adalah cara yang terbaik.

Memang banyak khasiat pokok tasbih , tapi masih ramai yang tidak tahu akan khasiatnya, selain dijadikan ubat buah pokok ni juga boleh dijadikan tasbih. Sesuai namanya digelar pokok tasbih 🙂

Namun, pokok ini sama seperti kebanyakkan pokok rumput lain yang tidak diketahui khasiatnya sudah semakin pupus dan sukar untuk kita temui. Mungkin bagi mereka yang berpeluang menemuinya bolehlah melakukan pembiakan pokok tasbih ini. Semoga golongan muda kita nanti masih sempat mengenali dan mempelajari khasiat pokok tasbih.

BACA JUGA: Bunga Telang Jika Di Rendam Bersama Lemon Mempunyai Khasiat Luar Biasa!

Nota bertasbih : Apa pandangan anda? Kongsikan diruang komen fb atau blog. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan, moga kita beroleh kebajikan bersama berterusan 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × four =